fbpx

Senang Ada Susu Lejen Ni Gais, Satu Keluarga Boleh Minum

Dah minum susu ke hari ini? Tahukah anda susu adalah sumber nutrisi penting dan paling lengkap untuk memenuhi keperluan seisi keluarga anda. Kalau anda minum susu setiap hari ia dapat membantu tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak, sekali gus menguatkan tulang serta otot bagi orang dewasa! Haa…jangan buat main khasiat susu ni tau.

Banyak jenama susu ada kat Malaysia ni tapi susu jenama Fernleaf ni juga menjadi favourite kami. Susu lejen ni weh. Anda pun mesti suka juga kan? Baik ngaku, hehe. Ingat lagi masa kecil-kecil dulu mak mesti bancuh susu ni sebelum pergi sekolah. Betul menggamit kenangan lah, haha!

Dah Wujud Sejak 1893!

Percaya tak jenama Fernleaf ni dah ada sejak tahun 1893 lagi. Mereka dah menawarkan pelbagai jenis produk yang dihasilkan daripada susu dari New Zealand.

Kalau anda nak tahu, Fernleaf membawakan kebaikan tenusu dari ladang-ladang mereka di New Zealand kepada seluruh keluarga di Malaysia sejak tahun 1982 lagi untuk memberikan susu yang berkhasiat dan seterusnya menyumbang kepada diet yang sihat dan seimbang.

Mereka juga menggunakan lebih daripada satu abad pengalaman untuk menghasilkan produk inovatif yang disukai keluarga. Fernleaf menawarkan pelbagai produk untuk keperluan setiap ahli keluarga Malaysia bermula dari umur 1 tahun dan keatas.

Sangat Berkualiti Tinggi

Susu New Zealand ni adalah bahan teras produk Fernleaf dan ia dihasilkan dalam persekitaran dan cara yang terbaik untuk menghasilkan produk tenusu yang terbaik dari tempat asalnya. No wonder-lah susu ni jadi pilihan ramai.

Anda tahu tak di New Zealand tu tanahnya sangat subur, kadar hujannya yang baik dan cahaya matahari yang banyak menjadikannya salah satu tempat yang terbaik di dunia untuk menghasilkan susu.

Ia adalah salah satu daripada beberapa negara di mana lembu tenusunya dapat meragut rumput secara bebas, tanpa terkurung di dalam kandang, yang mana rumput mereka adalah rumput segar berkualiti tinggi dan terbaik dari alam supaya mereka dapat menghasilkan susu berkhasiat yang berkualiti tinggi!

Dengan rumput yang berkualiti tinggi, suhu sederhana, kadar taburan hujan yang sangat baik, udara dan air yang bersih, lembu tenusu dapat menghasilkan susu yang berkualiti.

Dengan lebih 140 tahun pengalaman dalam penternakan tenusu, peladang Fernleaf yang berdedikasi amat berbangga dengan kerja mereka dalam memastikan kualiti tertinggi pada setiap peringkat pengeluaran susu – daripada air yang bersih, rumput berkualiti tinggi dan sehinggalah kepada produk sedia untuk diedarkan kepada pengguna.

Setiap Rumah Mesti Ada Kan?

Susu Tepung Family Fernleaf ni pasti ada di setiap rumah anda kan? Ye lah mudah kalau beli Susu Tepung Family Fernleaf ni. Seisi keluarga boleh minum (Dewasa dan kanak-kanak berumur 1 tahun ke atas) sebabnya ia adalah susu formula dengan gabungan bahan susu dan diperkaya dengan vitamin, mineral serta ditambah dengan DHA yang bersesuaian untuk anak-anak yang sedang membesar.

Selain diminum sendiri atau ditambah ke dalam kopi/teh, anda juga boleh gunakan untuk memasak atau membakar makanan tau. Anda boleh usha resepi di laman web Fernleaf ni gais.

Susu tepung ni juga mudah disimpan. Ia bagus sehingga 18 bulan jika disimpan dalam bekas yang bersih, kering, kedap udara dan sudah tentu, dimakan sebelum tarikh terbaik! Amacam? On tak gais?

Susu Tepung Rumusan Untuk Kanak-kanak Fernleaf

Dirumus khas untuk kanak-kanak dari umur 1 tahun hingga 6 tahun, Susu Tepung Rumusan untuk Kanak-kanak Fernleaf diperbuat dengan susu New Zealand berkualiti tinggi.

Susu tepung ini juga mengandungi nutrien penting untuk menyokong keperluan tumbesaran kanak-kanak seperti 5x DHA, Kalsium dan Protein Tinggi, serta 18 nutrien penting dan inulin.

Susu Tepung Rumusan untuk Kanak-kanak Fernleaf ini ada perisa-perisa dia jugak gais. Ada perisa asli, Madu dan juga Coklat. Sesuai untuk dikomsumsi oleh kanak-kanak berumur 1-6 tahun. Mak-mak kat rumah tu tak payah pening kepala lagi dah nak cari susu untuk anak-anak di rumah tu. Pilih je mana perisa yang anak-anak suka okay.

Fernleaf bukan sahaja mampu menyediakan produk berkualiti tinggi yang sesuai untuk menyokong pertumbuhan kanak-kanak, tetapi dengan harga mampu milik dan berpatutan ini menjadikan keseluruhan produk sempurna untuk keluarga besar anda!