Pasti ramai tahu personaliti media sosial King Coco atau nama sebenarnya Marshaira Ismail terlibat dalam dunia poliktik dan membuat kejutan apabila meraih undi sebagai Calon Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Bagan Serai.
Bagaimanapun, King Coco mempunyai sebab tersendiri mengapa dia tidak bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kali ini.
BACA: King Coco Menang Jawatan Ketua Srikandi Bersatu Bagan Serai
Menerusi satu perkongsian di Insta Story, King Coco seolah kecewa dengan ‘drama’ politik serta menyifatkan segelintir pihak menjadi ‘syaitan’ yang bertopengkan manusia.
“Saya tak bertanding malas. Semua nya potong tepi. Hipokrit. Semua setan bertopengkan manusia. Takde maknanya perjuangkan rakyat. Semua sendiri. Sanggup jadi hijau biru merah. Semata-mata untuk kerusi,” tulisnya.
Dalam pada itu, King Coco turut kasihan dengan mereka yang bekerja keras demi rakyat sebelum PRU lagi namun tidak menjadi calon untuk bertanding kerana hanya kroni sahaja yang dipilih.
“Bukan apa, ada yang kesian, bertahun tahun buat sebelum PRU lagi dah tolong rakyat. Tup tup tang kroni kau jugak kau pilih. Kelakar kan? Kroni yang tak nampak muka. Yang alih-alih dia juga,” tulisnya.