fbpx

King Coco Menang Jawatan Ketua Srikandi Bersatu Bagan Serai

Sudah lama kita tak dengar cerita mengenai King Coco, selepas mendirikan rumah tangga dan menimang cahaya mata, tiada lagi isu yang ‘timbulkan’ oleh Instafamous yang terkenal dengan cakap pelat mat salihnya itu.

Rupanya dalam diam, Coco atau nama sebenarnya Marshaira Ismail itu terlibat dalam dunia polik dan membuat kejutan apabila bertanding sebagai calon Ketua Srikandi Parti Bersatu Bagan Serai.

BACA: King Coco Dijemput Jadi Speaker Di Universiti Turki

Perkara itu menjadi bualan ramai apabila tular di media sosial satu poster kempen memaparkan wajahnya sekaligus mengejutkan netizen.

Namun lebih mengejutkan ramai yang menyangka King Coco baru sahaja bertanding tetapi sebenarnya ibu kepada seorang cahaya mata itu sudah memenangi jawatan berkenaan apabila memperoleh 62 undi sekaligus menewaskan dua calon lain. Difahamkan, keputusan berkenaan diumumkan pada Ahad lalu.

https://www.facebook.com/MediaBSKH/videos/621890865330379/

Terdahulu, King Coco menjadi bualan ramai apabila mengakui mempunyai banyak darah campuran keturunan. Coco juga sudah mendirikan rumah tangga pada 2017 ketika berusia 19 tahun dan kini mempunyai seorang anak lelaki.