“Semua Orang Tahu Mas Idayu Macam Mana” – Faizal Tahir
Susulan komen pedas diberikan terhadap persembahan Sissy Iman dan Naim Daniel, juri tetap program Famili Duo iaitu Mas Idayu dikecam teruk oleh netizen.
Memetik mStar Online, penyanyi Faizal Tahir turut berkongsikan pendapatnya mengenai isu berkenaan. Menurutnya, semua orang tahu bagaimana Mas Idayu memberikan komen.
BACA: “Itu Bukan Tahap Saya” – Mas Idayu Tak Takut Dicabar Masuk GV
“Apabila memberi komen tu janganlah sampai memalukan orang sebab kita semua ada kelemahan dan tiada siapa yang sempurna.
“Saya faham bila Mas Idayu yang beri kritikan, saya rasa semua tahu dia macam mana. Kalau untuk saya secara peribadi takkan ambil hati tetapi lain orang lain penerimaannya,” katanya.
Kata Faizal lagi, dia tidak memihak mana-mana pihak namun Sissy sepatutnya sudah bersedsia apatah lagi dia sudah lama berada dalam industri.
“Untuk Sissy dia sepatutnya sudah bersedia untuk benda macam ni, dia dah lama dalam industri. Mas Idayu komen macam itu, mungkin ada sebab tersendiri. Mungkin cara tu mungkin boleh lebih baik.
“Daripada belah Sissy sepatutnya bila berdiri atas pentas dapat komen begini daripada Mas Idayu yang dia sendiri kenal sepatutnya benda itu tidak menjadikan dia rasa down, anak seni kena kental.
“Bila kita dah memilih untuk berada dalam satu program kita kena terima, kita kena bersedia untuk terima benda-benda yang kita takkan expect,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
kalau ada ini perempuan dalam sesuatu program dari dulu lagi tidak akan.menonton dan sokong program itu.
Sama juga Ramli MS dan Ude Wahid
Macam rancangan kampung. Makcik b40 bermulut lancang. Kalau orang putih, korea, japan tgk program realiti Malaysia malu ajer. Org korea dan Jepun jauh lebih beradab dari melayu. Mas Idayu ni mengajar pompuan pompuan Malaysia jadi mulut kurang ajar. Pls boikot makcik mulut lancang ni. Semua artis masuk family duo ni automatik jatuh standard bawah juri kampung ni.
Tidak semua org bolih terima telan cara tutur mas idayu, mcm Hetty koes endang ketika menjuri Faud rahman GV dgn kegunaan bahasa kata air mata buaya, juga menjatuhkan maruah Faud, tapi lontaran beliau tidak keras. Tutur bahasa melambang semuanya
Jerit pekik tu semua melambangkan diri x boleh regulate dengan emosi. Ada benda tak settle pada acik mas yg triggered emosi dia utk naik hantu..
Malunya satu malaya tau perangai mcm tu..
Acik mas ada banyak trauma dlm hidup menjadikan dia kasar, lantang, cold dan numbness dalam perasaan.. hanya mampu bersimpati dgn konflik diri yg sedang dihadapi puluhan tahun oleh acik mas..
Tapi betul ke suara sedap?
kalau aku bg penampar je mulut lancang cam gitu….dia ingat dia bagus sangat sesenang saja nak malukan orh….tak guna simpan mulut puaka….ingat dah kawin pakai tudung ok la…duhaiii
Whoever yg amik dia as juri memang ‘fail” dlm memilih.. sgt mengecewakan dan sgt memalukan bangsa yg sepatutnya tinggi nilai ketimuran!!!
Paling sedih, ‘perasan bagus’
Maaf ye
Semuga dia sedar diri dan dapat mellow terima kesalahan diri??
Whoever yg amik dia as juri memang ‘fail” dlm memilih..
Cara dia bbahasa sgt² mengecewakan dan sgt² memalukan bangsa yg sepatutnya tinggi nilai ketimuran!!!
Paling sedih, so ‘perasan bagus’
Maaf ye
Semuga dia cepat wake up now dan mellow terima kesalahan diri??
Kenapa dia emosi sangat? Dinda tak paham kanda.
..haha..sonok lak baca ada yang panggey acik mas..
..acik mas, acik mas, takyah arr nak popular jadi juri yang kuwang ajor..takkan orang respek punye, lagi kena kondem ada la..
..wa memang TAK PENAH SUKA ngan acik mas ni..
Nk masok pertandingan kene prepare mental & fizikal. Nk attack juri pehal? Ade sebab juri melenting..dah almost final.
Analyst yr vocal..is it strong enuf? Setakat layan performance ala2 50’s..tak cukop, SI. This is competition. I agree wth FT.
Aku ingin merakamkan simpati kpd muhamad suffian.
TV stesen dan produser lepas ni belajar dari kesilapan, jangan asyik nak kejar ‘rating’ dan ‘trending’ semata mata.