Baru-baru ini kecoh seketika apabila Oktovia Manrose memuat naik gambar bersama pasangan pengantin baru, Nelydia Senrose dan suami apabila para netizen meyindir pelakon itu agar tidak menganggu suami Nelydia pula.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
BACA: “Hati-Hati Nelydia Senrose, Nanti Suami Kau Kena Kacau”
Berang dengan sindiran netizen yang melampau, Nelydia tampil bersuara mempertahankan sepupunya itu. Di ruangan komen, Nelydia tegas meminta agar netizen berhenti mengecam sepupunya itu.
Perkongsian gambar terbabit mula mendapat perhatian netizen. Rata-rata meninggalkan komen sindiran dan memberi amaran agar Nelydia berhati-hati kerana bimbang suaminya pula akan ‘diganggu’.
Terdahulu nama Oktovia mula panas di bibir netizen apabila pelakon itu didakwa curang dengan suami Bella Astillah, Aliff Aziz. Bukti kecurangan itu turut didedahkan oleh Bella sendiri.
Walau pada awalnya Oktovia menafikan dakwaan itu, namun akhirnya beliau memohon maaf dan mengaku salah diatas kesilapannya itu. Tidak sangka ramai lagi tak boleh move on dengan kisah itu. (rtky/w)