fbpx

“Semua Melayu Memang Nak Jatuhkan Bangsa Sendiri”

Dihimpit kontroversi dengan pelakon, Zarina Anjoulie di kelab malam, Ismail Izzani menganggap apa yang terjadi kerana bangsa Melayu yang suka mencari kesalahan bangsa sendiri untuk melihat Melayu jatuh.

BACA: “Jangan Kecam Mak Saya, Dia Didik Saya Bagus”

Selain dikatakan mabuk di kelab malam, Zarina juga mendakwa Ismail masih belum membayar duit hotel untuk bermadu asmara dengan teman wanitanya. Mungkinkah sindiran Ismail ditujukan buat Zarina?

Pun begitu dakwaan Ismail menyalahkan Melayu diatas kesilapannya mengundang kemarahan orang ramai. Ramai berpendapat Ismail hanya berpura-pura menjadi mangsa sedangkan dirinya sendiri bersalah dalam hal ini.

Ada juga mempersoalkan tindakannya yang masih berumur belasan tahun tetapi sudah masuk kelab malam dan bergaul dengan selebriti kontroversi seperti Zarina dan Fathia Latiff hingga memakan diri sendiri.

Bak kata Ismail sebelum ini, beliau masih menunggu waktu yang sesuai untuk menceritakan hal sebenar yang terjadi pada malam itu. Sama-samalah nantikan apakah cerita disebalik kontroversi ini. (rtky/w)