Pelakon Tony Eusoff tampil memberi pandangan berkenaan isu aktres Zahirah MacWilson susulan kenyataannya mengenai sambutan Krismas, Easter dan Halloween.

Menerusi satu hantaran di media sosial, Tony menyeru rakan-rakannya yang beragam Kristian agar tidak terlalu mengambil hati dan ‘move on’ dari isu berkenaan.

BACA: “Saya Minta Maaf Atas Kejahilan Saya” – Zahirah Menangis Mohon Maaf 

View on Threads

“Saya nak kongsi tentang isu terkini. Apa yang dilontarkan oleh Zahirah MacWilson. Sebagai seorang yang beragama Christian, saya nak bagitahu kepada semua agar jangan lah terasa hati sangat. Ya betul Zahirah terlanjur kata tapi tiada manusia yang bebas daripada kesilapan. Orang yang mati je tak buat silap,” katanya.

Tony berkata tiada manusia yang terlepas daripada melakukan kesilapan dan Zahirah telah pun meminta maaf di atas ketelanjurannya itu.

Kata Tony lagi, jika iman seseorang itu kuat dan berpegang teguh dengan kepercayaan masing-masing tidak akan terginggung dengan isu kecil sedemikian.

“Apa kata kita move on. Sebab kalau iman kuat, kita tidak akan tersinggung dengan perkara-perkara kecil sebegini. Sebagai orang yang beriman, kita harus percaya pada Tuhan. Zahirah pun telah minta maaf, jadi kita terima saja permohonan maaf itu dan move on. 

×