Sebelum ini, pelakon Nora Danish mengambil keputusan untuk menjual semua koleksi kasut tinggi berjenema miliknya selepas sedar akibat menyimpan barang yang tidak digunakan.
Memetik Oh Bulan, Nora berkata semua kasut miliknya yang tidak dipakai sudah pun terjual dalam masa sehari oleh pengikutnya di media sosial.
BACA: Takut Azab Neraka al-Hutamah, Nora Danish Jual Semua Kasut Tinggi
“Semua kasut-kasut saya yang tidak dipakai sudah terjual, dalam masa sehari sahaja. Tak sangka, ramai pula yang berminat untuk beli kasut-kasut saya,” katanya.
Sementara itu, Nora berkata dia tidak sangka perkongsiannya yang mahu menjual kasut selepas memahami maksud surah al-Hutamah menjadi bualan ramai.
Menurut Nora, niat perkongsiannya itu adalah untuk berkongsi ilmu mengenai golongan yang dihumban ke dalam neraka kerana terlalu mengutamakan harta dunia.
“Saya tak sangka perkongsian saya itu menjadi viral. Niat saya berkongsi dengan niat baik, supaya orang-orang di luar sana tahu jika ada kasut yang tak pakai boleh dijual atau disedekahkan.
“Sejak saya masuk kelas tadabbur yang mana kelas ini mengajar kita untuk lebih memahami Quran. Apa yang saya pernah belajar saya akan ulang kaji semula di rumah.
“Sebab itu lah saya terbaca semula fasal neraka al-Hutamah iaitu sebuah neraka khas untuk mereka yang suka mengeji, mengumpat dan mengumpal harta,” katanya.
Dalam pada itu, Nora berkata selepas menjual kasut, selepas ini dia akan menjual atau sedekahkan koleksi jubahnya pula.
SUMBER: OhBulan