fbpx

Semua Juri Tetap American Idol Akan Kembali Untuk Musim Ke 11

Oh yeah! Dan terima kasih Tuhan kerana Akademi Fantasia kita mati & berakhir di musim ke 9. No more please.

Penerbit Eksekutif program American Idol, Nigel Lythgoe mengesahkan yang Jennifer Lopez, Steven Tyler & Randy Jackson akan kekal sebagai juri untuk musim seterusnya.

American Idol yang akan masuk musim ke 11 tahun hadapan gandingan trio yang mengembalikan sensasi program realiti TV ini bekerjasama kembali.

Menurut sumber, Jennifer Lopez yang pada awalnya berura-ura untuk meninggalkan American Idol membuat keputusan untuk meneruskan tugas beliau selepas menerima kenaikan gaji dari US$12 juta ke US$20 juta.

Steven Tyler masih mempunyai kontrak satu tahun bersama American Idol namun di’khabarkan beliau juga menerima kenaikan yang agak baik. TMZ