fbpx

Semua Gadis Di KL Hari Ini Berharap Mereka Adalah Elya!

Sejak dua menjak ni ramai betul menyebut nama Elya. Siapa pula lah si Elya ni kan? Ha pada anda yang masih lagi bingung dan tercari-cari siapa Elya ni, dialah gadis bertuah yang dilamar oleh pasangannnya, Atan melalui billboard di KLCC!

Kalau anda perasan, baru-baru ni jadi buah mulut netizen apabila seorang mamat ni confess cinta dan melamar pasangannya yang bernama Elya dengan menggunakan billboard di KLCC! Pergh, sweet habis weh.

Mana nak cari lelaki yang betul-betul sayangkan pasangan hinggakan sanggup melabur duit untuk pasang billboard weh, memang satu dalam sejuta! Macam cerita dalam movie jer kan, tapi tak gais. Percayalah, ini betul-betul cinta sejati!

Melting Betul!

Setiap lelaki ada cara tersendiri. Tak semua sama, tapi cara si Atan ini memang betul melting! Netizen turut menyifatkan sikap berani Atan membuktikan bahawa lelaki ini betul ikhlas mahu mengahwini Elya. Patutlah ramai yang cemburukan Elya. Hehe.

Semasa kami menemui pasangan sweet ini, kami boleh nampak yang si Atan ni sangat pemalu orangnya berbanding Elya. Siapa sangka dari sikap introvert si Atan ini rupanya tersimpan sikap romantik yang Elya sendiri mengaku, dia sendiri pun tak sangka!

Jelas Atan, dia sangat sibuk bekerja dan masanya terhad untuk berjumpa dan berkenalan dengan kawan baharu. Nak pula dengan sikap introvert dia tu lagi susahlah nak mulakan perkenalan mencari kawan.

Tambahnya, perkenalannya sebelum ini tidak pernah berjaya walaupun pernah dibantu kawannya untuk berkenalan melalui Internet.

Tak Sangka Betul Serasi!

Tapi tulah dikala dia hampir putus asa mencari jodoh, perkenalannya dengan Elya mula menampakkan sinar harapan apabila rakannya sendiri mencadangkan kepadanya satu aplikasi iaitu Omi yang mempunyai langkah keselamatan yang ketat dan kadar mendapat hubungan yang serius lebih tinggi di sini.

Tanpa rasa ragu, Atan pun mencuba nasib tapi tak sangka pula apabila dia melihat orang yang disyorkan di Omi ini mempunyai 98% keserasian! Atan pun apa lagi, mula lah cuba bersembang dengannya.

Bagaikan mimpi menjadi kenyataan, perbualan yang bermula dengan “Hi” itu mula menampakkan bibit-bibit keserasian. Akui Atan dia sangat selesa untuk berbual dengan Elya ketika itu. Tak sangka pula wanita yang baik hati dan serius seperti Elya ini masih ‘wujud’ lagi!

Mengimbas kembali perbualan pertama mereka melalui Omi, Elya mengaku bahawa dirinya memnag susah untuk berbual dengan mana-mana lelaki. Tetapi dia mula berminat untuk meneruskan perbualan bersama Atan kerana sikap matangnya dalam perbualan tersebut.

Alahai sweet betul dorang ni. Rupanya masih wujud lagi lelaki gentleman macam Atan ni. Paling power dia sanggup menghabiskan duit semata-mata mahu melamar Elya. Romantik habis! Semoga dorang berbahagia sampai ke syurga, anda yang masih single tu bila lagi? Ahaks!