fbpx

Baru sahaja mengumumkan perkahwinan kali kedua, timbul dakwaan mengatakan penyanyi Datuk Nora Ariffin dan suaminya Dr Rushdi Ramli sudah pun berkahwin sejak dua tahun lalu.

Lebih mengejutkan, tular paparan mesej dimana individu itu turut mendakwa Nora meminta suaminya itu menceraikan isteri pertamanya dengan hanya menggunakan kertas dan pen.

BACA: Nora Ariffin Nafi Tuduhan Paksa Suami Cerai Isteri Pertama

Tampil mengulas mengenai dakwaan tersebut, Dr Rushdi menyigatkan segala tuduhan yang dilemparkan itu adalah satu fitnah yang berniat jahat.

“Saya Rushi Ramli secara jujur dan seikhlas hati ingin menjelaskan bahawa segala kenyataan-kenyataan yang diviralkan (tular) pada saat ini bertujuan untuk mencemarkan nama baik perkahwinan antara saya dengan Nora. Ia adalah satu fitnah yang berniat jahat dan buruk.

“Allahu Akbar, semoga Allah SWT memberikan balasan yang setimpal terhadap individu-individu yang berniat jahat terhadap kami dan perkahwinan kami,” katanya.

Terdahulu tular dakwaan Nora dikatakan menyembunyikan tarikh sebenar pernikahannya dengan Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya itu.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan status suami Nora itu sama ada sudah mempunyai isteri ataupun seorang duda.

Jumaat lalu, Nora memaklumkan selamat mendirikan rumah tangga dengan kawan baik arwah suaminya, Allahyarham Johan Nawawi.