Pelakon Datin Atikah Suhaime menganggap dirinya bertuah apabila dikurniakan seorang suami yang disifatkan lelaki sempurna buat dirinya.
Menerusi perkongsian di Instagram, Atikah menitipkan ucapan istimewa buat suami tercinta sempena ulang tahun perkahwinan pertama mereka.
BACA: Bakal Timang Bayi Perempuan, Atikah Suhaime Harap Anak Kahwin Dengan Putera Raja
Atikah berkata kasih sayang yang ditunjukkan oleh suaminya, Datuk Lokman Teh membuatkan dia terus dilamun cinta.
View this post on Instagram
“Apabila saya disahkan hamil, saya takut kerana menganggap yang kita belum bersedia tetapi awak menyakinkan saya bahawa kita akan jadi ibu bapa sempurna.
“Awak sentiasa tunjukkan kelembutan dalam setiap hal. Semakin hari, semakin jatuh cinta. Awak tunjukkan kalau kita menangis tak semestinya kita lemah.
“Terima kasih kerana menjadi suami paling sempurna dalam dunia saya. Selamat ulang tahun perkahwinan yang pertama,” katanya.
Sementara itu, Atikah turut mengucapkan terima kasih buat suaminya yang menyayangi ibu bapanya serta bangga memperkenalkan dirinya sebagai isteri kepada orang ramai.
“Kepada suamiku, terima kasih kerana melindungi saya seperti abang saya menjaga saya. Terima kasih sebab sayang mama dan papa saya seperti mana saya menyayangi kedua ibu bapa awak.
“Terima kasih kerana sering membawa saya ke mana sahaja dan perkenalkan saya sebagai isteri dengan bangganya kepada semua.
“Terima kasih sentiasa mengajar saya rasa syukur. Meskipun awak tidak sempurna di mata orang tetapi untuk saya awak adalah suami sempurna yang Allah berikan kepada saya,” tulisnya.