fbpx

Wah! Bukan main cantik dan eksklusif lagi mall yang mesra pengguna ini. Tambahan lagi sekarang tempat membeli belah kegemaran ramai ini diberi nama baru. Memang lagi gempak lah lepas ini.

Pada asalnya diberi nama KIPMart dan kini telah pun dinaik taraf kepada KIPMall yang lebih lengkap dengan barangan keperluan harian.

Bukan sahaja mempunyai nama baru, bahagian infrastruktur mall ini turut dinaik taraf untuk memberi kemudahan kepada orang ramai.

Lebih terjamin lagi apabila anda membeli belah di KipMall ini, kerana setiap tindak tanduk anda di dalam mall akan diawasi oleh pihak keselamatan.

Persekitaran Kipmall yang bersih dan teratur ini akan membawa mood anda kepada pusat membeli belah tempatan yang lebih selesa.

Senang cerita jika dulu anda harus beli barangan basah di pasar pagi dan terpaksa melalui beberapa situasi seperti sesak, lecah ketika hujan dan sebagainya. Kali ini, anda hanya perlu terjah sahaja KipMall dan di sana macam-macam ada.

Sesuai dengan tema yang dibawanya iaitu ‘pengalaman membeli-belah tempatan anda’ yang menempatkan pelbagai jenis barangan runcit dan pasar segar yang terdapat di bahagian dalam mall ini.

Lepas ini, anda bolehlah dapatkan barangan basah di pasar KipMall tanpa sesak dan tenang sahaja ketika membeli.

Bukan itu sahaja, barangan perhiasan rumah, pakaian, aksesori dan tempat makan pun ada di bawah satu bumbung KipMall ini. Lebih menarik lagi, kedai berpuaka ramai iaitu Mr DIY dan Watsons pun ada tahu!

Jika anda penat borong barangan basah mahupun peralatan rumah, anda boleh berhenti seketika di KFC untuk menikmati hidangan yang lazat dan yang pastinya anda akan kembali cergas untuk sambung borong barangan di KipMall.

Jadi lepas ni senanglah nak cari barang. Bawah satu bumbung sahaja, semua jenis barangan ada.

KipMall Kota Tinggi

Nak-nak lagi, tempat parking kereta dan penggunaan troli di KipMall ini adalah percuma, bolehlah lepas ini jika nak berjimat duit parking kereta terjah sahaja KipMall.

Dan ini berita gembira buat penduduk Johor yang akan terjah KipMall. Di mana, di bahagian barangan basah KipMall Johor akan ditawarkan slot Happy Hour Special Sabtu dan anda akan dapat menikmati harga istimewa.

Happy Hour ini akan berlangsung pada setiap hari Sabtu dan terhad sekurang-kurangnya 3 jenis barang.


Berikut kami sediakan anda beberapa outlet KipMall yang anda boleh terjah.

Terkini KipMall telah pun bertapak di Tampoi, Kota Tinggi, Masai, Melaka, Senawang, dan Bangi.

Maklumat lanjut layari laman rasmi KipMall untuk ketahui lebih banyak promosi hebat yang bakal diadakan.

KipMall Masai

KipMall Tampoi