fbpx

Seluar Bentuk ‘V’ Dikecam, Ini Jawapan Neelofa

Apa saja tentang Neelofa pasti akan menjadi perhatian netizen. Cara percakapan dan penampilannya juga tidak terlepas dari buah mulut orang ramai. Kalau dah nama pun ikon, pasti semuanya akan menjadi ikutan.

Terbaru, penampilan Neelofa menerima kecaman ramai apabila seluar yang dipakainya menampakkan  yang tidak sepatutnya.

BACA: Promosi Ubat Tinggi, Neelofa Dikecam Teruk

Seperti biasa, netizen tidak mahu melepaskan peluang untuk mengecam selebriti sensasi itu. Ada juga yang mengatakan Neelofa tidak menutup aurat mengikut syariat walaupun bertudung.

Dada dah tutup elok, tapi depan tu kenapa tak tutup?

Namun, ada segelintir peminatnya menulis komen dengan mengatakan netizen hanya mahu mencari salah Neelofa. Tidak kurang juga ada yang mengatakan gambar tersebut di ambil secara candid dan sesiapa pun pasti akan nampak bentuk ‘v’ tersebut  lebih-lebih lagi ketika sedang berjalan.

Sementara itu, di Instagram Neelofa sendiri tiada gambar tersebut dikongsikan. Namun, Neelofa kongsikan gambar mengenai buli siber yang kini mendapat perhatian pihak Instagram. Mungkin ini jawapan balas dari Neelofa mengenai isu tersebut.

Ada bagusnya juga Neelofa sertai kempen anti siber buli. Selebriti pun manusia biasa, ada perasaan dan tidak terlepas dari melakukan kesilapan.