fbpx

Selesa Berkepit, Yonnyboii Tak Sanggup Berjauhan Dengan Isteri

Meskipun sudah setahun mendirikan rumah tangga, penyanyi rap Yonnyboii berkata dia tidak sanggup berjauhan dengan isterinya, Nik Nazira.

Memetik Kosmo, Yonny berkata selepas berkahwin dia dan isteri tidak pernah berjauhan kerana rasa rindu antara satu sama lain. Kata Yonny lagi, mereka masih dalam fasa berbulan madu.

BACA: Yonnyboii Menang Album Terbaik AIM23 , Bawa Pulang RM200,000

“Setakat ini kami tak pernah berjauhan. Dia akan mengikut dan menemani ke setiap lokasi kerja saya. Saya juga melalukan hal sama terhadapnya.

“Bukan tak mahu berenggang tetapi belum bersedia untuk melalui rasa rindu terhadap pasangan. Kami selesa begini dan rumah tangga pun tak sampai setahun, saya anggap masih dalam tempoh berbulan madu,” katanya.

Dalam pada itu. Yonny berkata isterinya ada menerima tawaran berlakon namun menolak kerana tidak sanggup berjauhan.

“Selain kerjanya sebagai pempengaruh media sosial, dia juga ada terima tawaran berlakon.
Saya sokong kariernya dan bangga dengan setiap apa yang dilakukannya.

“Sebenarnya sebelum ini dia ada juga terima tawaran berlakon drama tetapi menolak kerana kami sama-sama tak mahu rasa rindu. Dia utamakan saya,” ujarnya.

Terdahulu, Yonny dan Nazira mendirikan rumah tangga di Ampang, Kuala Lumpur pada 20 November tahun lalu.