Sebentar tadi berlangsung acara berprestij Anugerah Industri Muzik ke 23 di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang menyaksikan Ernie Zakri mendominasi anugerah tersebut apabila memenangi ketegori persembahan vokal terbaik di dalam lagu wanita.

Ernie juga turut membawa pulang Anugerah Lagu Pop Terbaik dan Lagu Terbaik menerusi Goodbye, Hello bersama suaminya, Syamel serta membawa pulang RM50,000 dari Dana Kandungan Digital. Anugerah Sri Wirama pula berjaya diberikan kepada Tan Su Loke, Penasihat syarikat rakaman Suria Records (SRC)


Sementara itu, penyanyi rap Yonnyboii merangkul Album Terbaik menerusi album berjudul Yonny (Deluxe Version) sekaligus membawa pulang hadiah dari Dana Kandungan Digital daripada Kementerian Komunikas dan Multemedia (K-KOMM) sebanyak RM200,000.

Berikuta adalah senarai pemenang mengugguli setiap kategori yang dipertandingkan.

– Lagu Nasyid Terbaik : Thank You Allah (Alyah feat Cat Farish & Ustaz Haris )

-Lagu Pop Etnik Terbaik : Adat Kasih (Ziha Salleh)


-Artis Baru Terbaik : Vanessa Reynauld (Buat Ku Sempurna)

– Kulit Single/ Album Terbaik: Adat Kasih (Ziha Salleh) 

-Lagu Paling Tinggi Distrim : Lotus (ForceParkBois)

-Runut Bunyi (OST) Terbaik Di Dalam Filem/Drama : Bahagian Dia (Shila Amzah & Liza Hanim)

-Video Muzik Terbaik : Gatal ( Janna Nick) 

-Rakaman Album Terbaik : Belagu (Dayang Nurfaizah (Simon Khoo, Ari Renaldi, Aubrey Suwito)

-Rakaman Lagu Terbaik : Tudung Periuk (Dayang Nurfaizah)

-Susunan Terbaik Dalam Lagu : Tudung Periuk (Dayang Nurfaizah (Aubrey Suwito).

-Lagu R&B / Hip Hop Terbaik : CIAO – Joe Flizzow, Jay Park, MK (Jow Flizzow, MK, Jay Park, Magic Potions)

-Lagu Inggeris Tempatan Terbaik : Game of Charades (Sophia Zuhri)

Lagu Cina Tempatan Terbaik : Wu Ren Qian Shou De Xin Fu (Uriah)

-Lagi Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara : Tak Ingin Usai (Kisya Levronka)

-Lagu Rock Terbaik : Tugu Ugut (Sekumpulan Orang Gila)

-Lagu Pop Terbaik : Goodbye, Hello – Syamel & Ernie (Ernie Zakri, Syamel, Faizal Tahir, Mike Chan)

-Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Berkumpulan) : V.E  (Tunggu)

-Persembahan Vokal Duo / Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu : Shila Amzah & Liza Hanim (Bahagiakan Dia)

-Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) : Arddley Nicholas (Pilu)

-Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Perempuan) : Ernie Zakri (Sinar Mata Hati)

-Album Terbaik : Yonny – Yonnyboii (Wolfy)

-Lagu Terbaik : Goodbye, Hello – Ernie Zakri & Syamel (Ernie, Syamel, Faizal Tahir, Mike Chan)