Membaca kisah terbaru Linda Onn di Berita Harian hari ini, tiba-tiba kami rasakan yang kami perlu jadikan Linda Onn sebagai idola dalam usaha mencari kekayaan harta dalam hidup.

Berita Harian hari ini menulis tentang Linda Onn yang telah mengesahkan ketidakhadiran beliau ke majlis anugerah hujung minggu ini atas sebab perniagaan yang tidak dapat di’elakkan.

Penulis berasa hairan kenapa dalam banyak-banyak tarikh, hujung minggu menjadi pilihan Linda Onn untuk urusan perniagaan.

Jika penulis Berita Harian tidak tahu, orang berniaga mana tahu istilah hujung minggu atau masa bercuti. Jika ada peluang, tengah malam pun mereka sanggup turun padang demi perniagaan.

Yang bagusnya, penulis memberi maklumat bahawa Linda Onn bakal membuka sebuh resort di negeri kelahiran’nya, Johor.

Nampaknya makin bertambahlah harta insan seni bernama Linda Onn ini & makin susahlah jejaka Malaysia biasa untuk mendekatkan diri dek kerana kemewahan yang melampau.

Apapun tahniah buat Linda Onn jika benar beliau akan terjun dalam bidang pelancongan pula selepas ini. Boleh kami dapat voucher penginapan percuma nanti?