fbpx

Selepas Isu Syahadah Selesai, Giliran Apa Celup Pula Menjadi Buah Mulut

Entah apa nasib filem Melayu yang satu ini, satu kontroversi selepas satu kontroversi.

“Susah Hidup & Cari Kerja Sebagai OKU, Terjejas Pula Kerana Gerakan Boikot”

Baru-baru ini, Malaysia menyaksikan gelombang gerakan sosial di mana pengguna dan aktivis mendesak untuk memboikot produk yang berkaitan dengan Israel. Gerakan ini, terutamanya dipicu oleh konflik di Timur Tengah, telah menimbulkan perdebatan dan tindakan di...

Baca Lagi

Baru sahaja semalam Ahmad Idham selesai memberi penjelasan isu mempersenda kalimah syahadah kepada Dewan Pemuda PAS (DPP), timbul isu yang baru.

Seorang penulis blog Kubakoya menulis yang beliau dakwa sebagai makna sebenar perkataaan ‘celup‘ dalam istilah ‘apa celup‘ yang banyak di’gunakan dalam filem Hantu Bonceng.

Menurut tulisan Kubakoya atau Khairi, ‘celup‘ dalam filem ini membawa maksud aktiviti bersenggama atau istilah kampung’nya, fuck. Mendalam betul pemikiran rakyat kita hari ini.

Khari turut menyamakan ucapan ‘apa celup‘ ini sama maksud’nya dengan istilah ‘what the fuck‘ yang selalu di’gunakan dalam filem & saluran media Hollywood yang lain.

Bukanlah kami mahu menjadi pembela filem Hantu Bonceng atau pun Ahmad Idham, tetapi kami percaya istilah yang di’gunakan tiada kena mengena dengan maksud yang di’dakwa Khairi dalam tulisan blog beliau.

Kami berharap isu maksud sebenar istilah ini tidak akan menjadi sebesar isu mempersenda kalimah syahadah yang sebenarnya tiada apa apa.