fbpx

Selepas 25 Tahun, Saujana Bersama Ahli Asal Buat Konsert Pertama!

Kumpulan Nasjid terkenal Saujana, kali ini tampil dengan buah tangan baru, di mana bakal berlangsungnya konsert pertama Saujana selepas 25 tahun berkecimpung dalam industri muzik tanah air.  Ini juga merupakan satu hadiah terbesar buat peminat-peminat lagu nasjid dan peminat kumpulan Saujana sendiri.

Konsert yang bakal berlangsung 5 Mac depan di Zepp KL akan diiringi dengan kumpulan orkestra dan paling dinanti-nantikan konsert ini juga akan menampilkan kesemua ahli kumpulan Saujana yang lama mahupun baru.

Idea asal mewujudkan konsert ini telah dicetuskan dari beberapa anggota Saujana iaitu Mohammad Suffian Amrin, Azalinor Abdul Rahman, Ahmad Zuhaidi Abd Aziz serta Puan Samirah Hambali yang mewakili Mac Training Centre. 

Di mana mereka mengambil inisiatif untuk menggabungkan semula kesemua anggota Saujana yang lain iaitu Ahmad Zuhaidi Abdul Aziz, Dr Khairul Idzwan (Idzu) Baharin, Mohd Hakimi Harun, Dr Faizul Hizal Ghazali, Wan Najran Wan Noh di dalam konsert ini. 

Selaku pengarah projek Konsert Saujana 25 Tahun, Zuhaidi berkata, idea untuk menggabungkan semula Saujana dalam sebuah persembahan telah pun tercetus sejak lima tahun lalu. 

“Apabila melihat ramai kawan-kawan dalam arena muzik nasyid membuat konsert melalui dana DKD, kami juga rasa terpanggil untuk buat. 

“Lebih-lebih lagi Saujana tidak pernah buat konsert. Sedangkan kumpulan nasyid lain ada yang sudah buat lebih dari sekali konsert. Alhamdulillah, inilah masanya untuk kami gabungkan semula ahli-ahli lama untuk menghargai 25 tahun penglibatan Saujana. 

Apa yang menariknya, Konsert Saujana 25 Tahun ini akan menampilkan konsep persembahan yang unik menerusi gabungan lagu ketuhanan dengan irama tradisional, hasil kolaborasi Saujana dengan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) pimpinan Yazid Zakaria. 

Konsert ini juga turut dibantu rakan rasmi seperti Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur, Istana Budaya, Orkestra Tradisional Malaysia (OTM), AnNadi serta Zepp Kuala Lumpur. 

Tiket sudah pun dijual pada harga RM265 (Upper Deck- Platinum dan Ground Platinum), RM213 (Upper Deck-Gold dan Ground Gold), RM161 (Upper Deck- Silver dan Ground Silver) serta RM109 (Ground Bronze). Tiket boleh dibeli DI SINI