Menerusi satu perkongsian di Instagram, penyanyi Elyana memaklumkan berita gembira selepas 11 tahun berjuang melawan kanser akhirnya dia disahkan bebas daripada penyakit itu.

Tidak dapat digambar perasan gembira dengan berita tersebut, Elyana meluahkan rasa syukur kerana Allah mendengar doanya dan mereka yang mendoakan dirinya.

BACA: Seminggu Jalani Kemoterapi, Berat Elyana Naik 15 Kg

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Elyana Emrizal (@elyanaofficial1)

“Perjuangan dan penantian selama 11 tahun saya berhasil! Kanser saya hilang! Alhamdulillah Ya Allah. Terima kasih Ya Allah, kau telah mendengar doa kami. Tak dapat saya gambarkan perasaan gembira saya,” tulisnya.

Sementara itu, Elyana dilihat ada memuat naik perkongsian terbaru sebentar tadi sedang menjalani rawatan kimoterapinya yang kelima dan dilihat tersenyum lebar.

Terdahulu, Elyana mendedahkan dirinya menghidap kanser limfoma tahap empat pada tahun 2017 di pentas Gegar Vaganza.