fbpx

Seminggu Jalani Kemoterapi, Berat Elyana Naik 15 Kg

Selesai menjalani rawatan kemoterepi sesi kedua sejak minggu lalu, penyanyi Elyana berkongsikan berita gembira apabila berat badannya kini menunjukkan peningkatan.

Menerusi satu perkongsian, Elyana memaklumkan beratnya kini naik 15 kilogram dimana sebelum ini hanya 35kg, sekarang sudah mencecah 50kg.

BACA: “Dengan Doa Ebit Lew, Hilang Rasa Sakit Saya” – Elyana

“Daripada 35 kilogram (kg), sekarang dah 50kg. Alhamdulillah. Terima kasih untuk doa yang tidak pernah putus daripada keluarga dan anda semua. Saya sayang anda semua,” tulisnya.

Perkongsian Elyana itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan pengikut yang turut meluahkan rasa syukur serta tidak putus mendoakan kesihatan penyanyi itu.

Baru-baru ini, Elyana memaklumkan dia sahaja selesai menjalani kemoterapi sesi kedua bagi merawat kanser limfoma yang dihidapinya.

Sebelum ini, Elyana turut meluahkan rasa bimbang mengenai kos sesi kedua rawatan kemoterapi yang menelan belanja hingga RM250,000 bagi keseluruhan lima sesi.