fbpx

Selepas 10 Tahun, Innuendo Tampil Album Kompilasi Lagu Lagu Terbaik

Bersempena dengan pengumuman top 5 Anugerah Industri Muzik ke 19 (AIM19) petang ini, kami ingin hebahkan satu berita tentang Innuendo yang pernah beraja di AIM.

Ketika majlis AIM tahun 1998, Innuendo telah memecahkan rekod dengan membawa pulang 6 trofi daripada 9 pencalonan hanya melalui album pertama mereka, Innuendo.

Ini termasuk angerah Lagu Terbaik menerusi lagu Selamanya & Susunan Muzik Terbaik menerusi lagu berhantu yang masih menjadi siualan sehingga hari ini, Belaian Jiwa.

Album kedua & terakhir mereka adalah pada tahun 2002, Brandnuendo & kini peminat kumpulan ini boleh mendapatkan kembali lagu lagu hits yang pastinya menggamit memori.

Kompilasi bertajuk The Best of Innuendo ini memuatkan 30 buah lagu hits mereka termasuk Belaian Jiwa, Selamanya, Ratu Hati, So Good Inside, Only Dancin’ & beberapa lagu kolaborasi khas seperti Akhirnya (feat. Camelia) & Jezzebelle (bersama Too Phat). Di pasaran sekarang dengan RM27.90.