fbpx

Selebriti Terkenal Direman Kes Amang Seksual Remaja Lelaki Bawah Umur?

Seorang selebriti lelaki terkenal ditahan polis semalam dipercayai melakukan amang seksual fizikal terhadap beberapa remaja lelaki bawah umur.

Memetik laporan Harian Metro, selebriti lelaki berusia 40-an itu  telah dibawa ke Mahkamah Klang pada pagi tadi dan ditahan reman selama enam hari bagi membantu siasatan.

Sumber memberitahu, perbuatan suspek terbongkar selepas beberapa remaja mendakwa manjadi mangsanya tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan.

“Kesemua remaja itu dikenali suspek dan dia dipercayai menggunakan kaedah memujuk mereka untuk melakukan perbuatan tidak bermoral itu.

“Mangsa yang trauma kemudian membuat laporan polis,” katanya hari ini.

Sementara itu, penahanan suspek disahkan oleh Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.