fbpx

“Selalunya Orang Paling Rapat Akan Rampas Hak Kita, Suami Kita…”

Pelakon Rozita Che Wan berkata dia lebih selesa meletakkan sempadan dengan pelakon berstatus suami orang ketika berada di set penggambaran.

Memetik Astro Gempak, Che Ta berkata dia tidak terlalu berbual dengan pelakon yang sudah bergelar suami orang bagi mengelakkan salah faham orang sekeliling.

BACA: “Setuju Kalau Nak Boikot Penyondol, Sesuai Muka Dia”

“Waktu saya masuk industri lakonan, saya berstatus janda. Jika berlakon dengan suami orang, saya tidak akan berbual sangat di set penggambaran,” katanya.

Sementara itu, Che Ta berkata kebiasaannya individu yang paling rapat cenderung untuk menjadi orang ketiga dalam sesebuah rumah tangga serta menitipkan pesanan pada wanita di luar sana supaya berhati-hati.

“Selalunya, wanita yang akan menyakiti hati wanita lain. Kebanyakan orang yang rapat dengan kita akan rampas hak kita kerana mereka tahu kehidupan, kebaikan dan harta suami kita.

“Pesan saya, hati-hatilah. Sebab itu saya tiada kawan perempuan. Dalam hal ini (curang) lelaki dan perempuan kedua-duanya salah. Saya setuju kalau netizen nak boikot penyondol,” katanya.

SUMBER: Astro Gempak