fbpx

“Setuju Kalau Nak Boikot Penyondol, Sesuai Muka Dia”

Hangat diperkatakan mengenai isu penyondol membabitkan pasangan selebriti, pelakon Rozita Che Wan berkata sememangnya wujud segelintir wanita yang sukakan hak orang lain.

Memetik Hib Glam, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta berkata tidak hairan jika ada segelintir wanita suka menyakiti hati wanita lain serta melihat mereka jatuh.

BACA: Che Ta Tak Akan Keluar Rumah Tanpa Mekap

“Macam ni, perempuan kalau dah memang suka hak orang, gasak macam mana pun tetap nak rampas. Selalunya hanya wanita yang akan menyakiti hati perempuan lain, itu saja saya boleh cakap.

“Kebanyakan orang terdekat dengan kita adalah individu yang akan merampas hak kita sebab dia tahu kehidupan, keadaan dan harta benda suami kita, jadi hati-hatilah.

“Macam saya tiada kawan perempuan, semua pondan, jangan salahkan sebelah pihak, salahkan kedua-dua. Saya sangat setuju kalau nak boikot penyondol, sesuai muka dia,” katanya.

Sementara itu, apabila ditanya sama ada dia memeriksa telefon suaminya yang juga pelakon Zain Saidin, Che Ta berkata dia meletakkan kepercayaan terhadap suaminya itu.

“Saya memang percayakan Zain, begitu juga sebaliknya. Masing-masing tahu batasan sebagai individu yang sudah berkeluarga.

Saya memang tiada masa nak periksa mesej di telefon suami, tetapi dia tahu saya akan melenting kalau dia buat yang bukan-bukan.

“Saya dah beritahu dia siap-siap, kalau ada orang sampaikan maklumat dan ‘kantoi’, maka cukuplah setakat itu, tiada penerangan yang saya akan terima,” katanya.

Dalam pada itu, Che Ta berkata sebagai pelakon perlu ada batasan antara satu sama lain apatah lagi jika sudah berumah tangga.

SUMBER: HibGlam