fbpx

Selalu Melancong, Nazim Othman Boros & Tak Laku?

Mana mungkin seorang manusia dapat memuaskan hati cakap-cakap manusia di luar sana lebih-lebih lagi setiap orang mempunyai pandangan berbeza. Begitu jugalah yang terjadi kepada Nazim Othman kerana dikatakan boros kerana selalu melancong.

BACA: Nazim Othman Tepis Dakwaan Rumah Tangga Goyah

“Dulu saya gemar bercuti dengan cara ‘backpacking’, menaiki kereta api dan menghabiskan masa perjalanan yang panjang sehingga badan lesu. Maklumlah, ketika itu, zaman remaja, bajet agak padat.

“Sekarang, bolehlah berjalan dengan selesa tetapi tidaklah semewah dan semahal disangka. Saya suka mencari percutian murah melalui carian internet di mana maklumat di hujung jari. Takkan nak mencari cerita gosip saja?,” katanya kepada BH Online.

Sementara itu, selain dituduh boros, ada juga warga laman sosial yang menyatakan bahawa Nazim kini sudah tidak mendapat perhatian dan tiada tawaran berlakon sekaligus membuatkan dia lebih banyak bercuti.

“Alhamdulillah, rezeki masih lancar atas kurniaanNya. Sekarang dalam proses penggambaran drama Monalisa. InsyaAllah, ia akan mula disiarkan di slot Tiara, Astro Prima mulai Februari depan”

“Ada orang kata saya ada banyak masa berjalan. Drama Monalisa ini panjang, jadi apabila ia tidak membabitkan babak saya, jadi saya bercutilah,” katanya. (rtky/s)