Hari ini hangat diperkatakan apabila pelakon Izreen Azminda dipertemukan dengan bekas isteri suaminya, Ude Wahid iaitu Intan Saleh menerusi program Melodi.

Menerusi program tersebut, Izreen dipertemukan kali pertama selepas empat tahun dan mengatakan dia telah meminta maaf kepada Intan sebanyak tiga kali.

BACA: “Doa Saya Dimakbulkan Allah, Tiga Kali Saya Minta Maaf Pada Intan”

Dalam pada itu, menerusi Instagram Izreen turut memuat naik foto bersama Intan berserta kapsyen berkaitan ‘memohon maaf’ serta memohon peminatnya mendoakan agar dipertemukan dengan pengkahiran yang baik.

Sementara itu, Intan juga dilihat turut memuat naik postingdengan kapsyen berkaitan ‘niat’. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan perkongsian itu ditujukan kepada siapa.

“Niat itu seperti surat. Salah tulis alamat, akan sampai salah tempat. Setiap orang akan kembali kepada apa yang diniatkan. Jadi, Betulkan niat.

“Selagi tiada rasa bahagia, selagi ada kesulitan. Mana mungkin boleh melupakan. Lihat pada situasinya. Jika ikhlas hanya Allah, aku dan dia,” tulisnya.

Sebelum ini Izreen dikecam hebat apabila mengahwini Ude Wahid secara senyap tanpa pengetahuan isterinya, Intan Salleh. Bagaimanapun, Ude dan Intan bercerai pada Mac 2018 selepas lima tahun mendirikan rumah tangga.