fbpx

Sekolah Nak Buka, Mak Ayah Boleh Manfaatkan Bantuan Ini Untuk Anak

Kalau anda perasan semasa pengumuman bajet 2022 dari Kerajaan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz ada berkata sejumlah RM450 juta diperuntukkan yang dijangka memanfaatkan 3 juta murid-murid yang layak.

Kerajaan bersetuju untuk menyediakan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 iaitu meningkat berbanding RM100 sebelum ini. Wah untung betul adik-adik kita nanti.

Kredit: Media Permata Online

Mungkin ada dari anda yang merasakan jumlah yang diberi ini tidak banyak, tetapi percayalah dengan jumlah RM150 ini banyak benda yang anda boleh beli. Antaranya peralatan sekolah dan juga baju sekolah. Buat belanja harian untuk ke sekolah pun dah lepas tau.

Ringankan Beban Mak Ayah

Kalau anda nak tahu Bantuan Awal Persekolahan (BAP) dah mula diperkenalkan pada tahun 2012 lagi. Tujuannya untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun. Bantuan ini turut diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya.

Kerajaan faham dengan keadaan negara yang sedang menuju ke fasa pemulihan ini, sudah tentu bantuan ini sangat membantu semua lapisan rakyat khususnya untuk golongan berpendapatan rendah.

Tak lama lagi kan kita dah nak masuk ke 2022, jadi mak ayah dah boleh manfaatkan bantuan sebanyak RM150 ini nanti untuk melakukan persediaan sekolah anak-anak. Amacam?

Jadi kepada mak ayah, anda boleh tengok apa senarai kriteria serta syarat-syarat kelayakan anak-anak anda untuk BAP 2022 seperti yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) nanti. Rajin-rajinkan membaca okay!

Macam Mana Bantuan Disalurkan?

Kredit: Berita Harian

Untuk makluman mak ayah, bantuan ini akan disalurkan oleh KPM secara berperingkat terus ke akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah, atau akaun khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun KWK.

Mudah sangat, tak payah nak isi borang ke ape sebabnya tiada borang permohonan yang perlu diisi pun.

Untuk maklumat lanjut tentang Bantuan Awal Persekolahan (BAP) ini, sila rujuk laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Sebagai kesimpulannya mak ayah tak perlu lagi risau tentang persediaan pembukaan sekolah tahun hadapan nanti. Kerajaan ada untuk meringankan beban anda!