Memang terpesona melihat persalinan majlis resepsi perkahwinan Amar Baharin dan Amyra Rosli yang berlangsung semalam di Hotel Premeira, Kuala Lumpur. Majlis bertemakan Black Glam itu berlangsung dengan cukup meriah sekali dengan persalinan Amar dan Amyra yang kelihatan seperti putera dan puteri raja, menyaksikan majlis mereka terasa seperti berada di alam kayangan.
BACA: Amar Baharin & Amyra Rosli Selamat Diijabkabul
Dalan majlis resepsi pada sebelah pihak pengantin perempuan itu, Amar dan Amyra kelihatan begitu sepadan sekali apabila mengenakan gaun berwarna beige berkilauan serta busana ala putera raja yang dihasilkan oleh pereka terkenal negara, Rizman Ruzaini. Bukan sahaja gaun cantik, malah kek perkahwinan yang dibuat khas berbentuk istana turut menarik perhatian ramai.
Majlis resepsi yang berkonsepkan ala Fairytale itu turut dimeriahkan lqgi dengan kehadiran rakan selebriti lain, Jaclyn Victor, Sheila Rusli dan suami, Saharul Ridzwan dan isteri, Azwan Ali, Fara Fauzana dan ramai lagi. Turut tidak ketinggalan juga, ahli keluarga bagi kedua belah pengantin dan juga teman-teman rapat pasangan pengantin yang turut sama meraikan hari bahagia mereka.
Walauapapun tahniah sekali diucapkan kepada pasangan merpati dua sejoli ini yang telah bergelar suami isteri. Semoga dengan ikatan perkahwinan yang dibina ini akan berkekalan selamanya. Diharapkan juga Amar dan Amyra akan berbahagia hendaknya. Dengan ini kami kongsikan beberapa gambar di sekitar majlis resepsi perkahwinan mereka semalam. Enjoice! (rkty/w)