fbpx

Gambar Sekitar Majlis Aqiqah Siti Aafiyah

Selesai sudah majlis aqiqah buat cahaya mata pertama Siti Nurhaliza dan juga Datuk K iaitu Siti Aafiyah. Diadakan dalam majlis yang cukup meriah, peminat nampaknya begitu gembira dengan kehadiran penyeri rumahtangga Datuk K dan Siti Nurhaliza ini.

BACA: 6 Perkara Menarik Tentang Baby Datuk Siti Nurhaliza

Dalam masa yang sama, Siti Nurhaliza juga sempat berkongsikan maksud sebenar nama anaknya itu di dalam sebuah video yang dimuatnaik di Instagram. Secara ringkasnya, nama Affiyah bermaksud – yang baik-baik saja. Inspirasi untuk menamakan cahaya mata sulungnya itu sebagai Aafiyah tercetus di Tanah Suci.

“Nama ini dipilih berdasarkan doa diajar Rasulullah kepada bapa saudaranya, Abbas yang bertanya apakah doa terbaik untuk dibaca. Dalam doa itu ada menyebut perkataan ‘Aafiyah’ yang membawa maksud untuk menyelamatkan daripada sebarang kesusahan yang menimpa, menjadi sihat dan mempunyai wang yang cukup.

“Berpandukan itu, saya namakan anak saya Siti Aafiyah,” jelasnya kepada BH Online. Apa pun, semoga kehadiran cahaya mata sulung keluarga ini akan menambah seri kehidupan Datuk K dan juga isteri. (rtky/s)