fbpx

Sekitar Majlis Aqiqah & Birthday Anak Norman Hakim

Meriah sungguh majlis aqiqah dan juga sambutan hari lahir anak kedua Norman Hakim dan juga Memey Suhaiza iaitu Arisz yang genap berusia satu tahun pada 8 April lalu. Selain itu, majlis tersebut turut dihadiri oleh anak-anak Norman yang lain.

BACA: Norman Hakim Tolak Tawaran Jadi Model Seluar Dalam

Selain sambutan tersebut, bacaan doa selamat juga turut diadakan dan majlis itu juga turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran rakan dan ahli keluarga pasangan suami isteri yang cukup bahagia ini.

Apa-apa pun, semoga keluarga ini akan beroleh rezeki yang melimpah ruah dan dipermudahkan segala urusan dan semoga Arisz akan menjadi seorang anak yang berbakti kepada kedua ibu bapanya. Kami kongsikan beberapa keping gambar sepanjang majlis berlangsung. (rtky/s)

Gambar Ihsan: The Photolicious