Di Sekitar Majlis Akikah Anak Pasangan Zain Saidin, Rozita Che Wan
Malam tadi telah berlangsungnya majlis akikah dan doa kesyukuran untuk Aaisyah Dhia Rana yang merupakan anak sulung pasangan Zain Saidin & Rozita Che Wan yang mengambil tempat di Hotel Royale Chulan di Kuala Lumpur.
Bercakap kepada media ketika majlis berlangsung, Rozita Che Wan & Zain Saidin meluahkan rasa sangat bersyukur dengan kelahiran Aaisyah Dhia Rana yang menjadi pengikat kasih mereka.
“Kehadiran Aaisyah dalam kehidupan kami suami isteri sangat bermakna. Aaisyah lambang cinta kami. Sebagai bapa, kehadirannya sangat saya nantikan. Saya dan isteri sangat bersyukur ke hadrat Tuhan,” ujar Zain Saidin gembira.
Pasangan ini semalat bernikah pada Disember 2013 yang lalu dan dikurniakan cahayamata yang pertama pada 1 November yang lalu. Aaisyah juga merupakan anak ketiga Rozita Che Wan selepas dikurniakan dua orang anak dari perkahwinan lalu.
Berikut merupakan beberapa keping gambar sekitar majlis kesyukuran dan akikah Aaisyah Dhia Rana yang turut dimeriahkan oleh kehadiran ahli keluarga dan rakan artis. Enjoice! (rtky/m)
Tahniah diucapkan kepada Zain dan Che Ta :)
semalat pun boleh ye rotikaya hahaha
tapi baby comel sangat!!
Rozita nmpk gemok…
hey come on la. baru dua bulan lebih kot lepas dia beranak. ni dah kira slim tau. byk lagi org lepas beranak terus kembang mcm doraemon tak slim2.
Tutap la aurat cik ta oii..kata doa kesyukuran -_-
Tahniah…suka tgk…=)
semoga Aaisyah akn jd ank yg solehah, Amin..
Cantik babynya…cantik majlisnya…cantik orang2nya…:)
satu je nk komen…bb aaisyah tu kan baru 2 bulan…kecik lg…kulit nipis..baju mmg cntik tp x sesuai..kan buat kat hotel..mesti dia sejuk..nk ckp x pandai…huhuhu..lg satu…
kenyang anak dia dapat susu tank besar
tahniah kepada mereka..semoga mereka menjadi keluarga yang bahagia
shahsha saidon mcm elsa frozen
Comel
Pelik Tapi Benar!
Ketahui BagaimanaRATUSAN Rakyat Malaysia Sudah Menjana 4-5 Angka Sebulan Konsisten Dengan Hanya Menjual ‘Barang Keperluan’!
bit.ly/buatduitcepat