Sekitar Hari Jadi Aaisyah Dhia Rana Bertemakan Blackpink

Selamat hari lahir kami ucapkan kepada anak bongsu pelakon Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rana yang kini sudah pun menjangkau usia lima tahun pada 1 November lalu.

Jika tahun lalu, sambutan hari lahir Aaisyah bertemakan Mermaid, namun majlis untuk tahun ini lebih meriah dengan tema ‘Blackpink’ dan diadakan di restoran makanan segera McDonald’s.

BACA: Aaisyah Tak Heran Dengan Mainan, Lebih Suka Barang Kemas

Lebih menarik, kek hari jadi Aaisyah turut dihiasi dengan gambar idolanya iaitu kumpulan K-pop terkenal iaitu Blackpink. Penampilan Aaisyah pun nampak macam bintang K-Pop dah tengok.

Kami kongsikan beberapa keping gambar sepanjang majlis sambutan hari lahir Aaisyah berlangsung. Semoga Aaisyah membesar dengan sihat dan dilimpahi rasa bahagia bersama keluarga.

×