Sekian Lama Terpisah, Sajat Menangis Nak Jumpa Anak-Anak Di Singapura
Meskipun sudah berhijrah ke Australia, namun masih ramai netizen masih mengikuti perkembangan Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman.
Memetik mStar Online, selepas setahun melarikan diri ke Australia bagi memulakan kehidupan baru di sana, Sajat kini dikhabarkan berada di Singapura atas tujuan perniagaan.
BACA: Sajat Minta Tips Untuk Hamil, Tanya Macam Mana Nak ‘Lekat’
Menerusi sesi Live di TikTok, Sajat dilihat sedih kerana rindukan kedua-dua anak angkatnya yang ditinggalkan bersama keluarga di Malaysia.
Sajat juga meluahkan perasaannya turut mengalirkan air mata kerana terlalu rindukan anak-anaknya. Kata Sajat lagi, selepas sekian lama mereka bakal bersatu semula.
“Saya dah lama tak jumpa anak. Beberapa jam lagi saya akan jumpa anak, akhirnya saya akan jumpa anak saya. My true love,” katanya.
Diruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib menimpa usahawan itu serta ada menasihati Sajat supaya menyerah diri kepada pihak berkuasa.
Dalam pada itu, ada yang mengatakan apa yang dilakukan oleh Sajat memang salah namun perasaannya terhadap anak-anak adalah ikhlas dan sudah pasti dia juga rindukan keluarganya.
“Apa yang dia buat salah tapi perasaan dia valid. Tak perlu larikan diri lagi, pergi kedutaan serah diri saja. Berkorban untuk anak tak apa.
“Siapa pun dia, percayalah dalam diri dia terlalu rindu sausana ketika bersama keluarga dan anaknya. Rindur yang tak dapat diungkap.
“Balik la Jat, kami pun rindukan Jat. Buka buku baru tutup buku lama,” kata netizen.
- SUMBER
- mStar Online
Yg dok kemaruk dok follow dia netizen melayu batak jugak ingt dah jd warga ostolia ramai la omputih ke maori asli ostolia nk follow kau Jat weh?! Hampeh, masih kt situ jugak x berubah perangai ingt dah jd warga ostolia jd lg maju. Kalo aku jd pegawai krjn nk tngkp pondan ni aku umpan dia dgn anak2 ni pastu aku cekup bawak dia balik dan sumbat dia sama jel dgn Najib haha
Toyol kejam nya
Knp tak tangkap je sajat dah terang2 sampai Singapore….
nampak sgt polis malaysia ni semakin tak intelijen mcm dulu2. kalau zaman dulu, info sajat nak sampai singapore ni dan ada plan dari polis malaysia. skang sibuk ngan isu scammer kot. tp isu scam tak setel2 pun. kalau ada kes semua nak cepat tutup, malas nak teruskan siasatan. last2 keldai account tetap jadi keldai, sebabnya polis malas nak buat keje nak call sana sini… abg polis trafik je nampak terus jujur buat keje dgn terbaik…
jap. kenapa tak flykan je anak and parents ke australia untuk jumpa eh? kan mudah lolol. dasar propa la
Kann??? banyak aje altenatif lain nak jumpa anak sja nk tunjuk simpati..