fbpx

Semalam, bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali dan isterinya Fitria Elfina Maharip sah bercerai talak dua di Mahkamah Syariah Kuala Selangor.

Isu tersebut turut mendapat perhatian pelakon Rita Rudaini yang mengingatkan bekas isteri Safee iaitu Fitria Elfina mengenai apa yang terjadi kepada bekas isteri pemain bola itu terdahulu.

BACA: “Jasa Bapa Dia Cuma Bagi Benih Saja” – Rita Rudaini

Menerusi perkongsian di Instagram, Rita menganggp apa yang berlaku pada Fitria adalah kifarah di atas perbuatanya yang dulu yang didakwa pernah menyondol suami orang dan kini menerima nasib sama.

Menurut Rita, dia tahu apa yang terjadi ketika itu apabila isteri pertama pemain bola itu diceraikan ketika anak-anak masih kecil dan kini wanita itu pula merasai bagaimana kebahagiaannya dirampas pula.

Dalam pada itu, Rita turut mengingatkan bahawa balasan Allah itu pasti serta berharap Fitria belajar untuk kuat sebagaimana dilalui bekas isteri terdahulu.