fbpx

“Jasa Bapa Dia Cuma Bagi Benih Saja” – Rita Rudaini

Pelakon Rita Rudaini berkata dia tiada masa untuk menghasut anak-anaknya untuk membenci bapa kandung mereka, Aidil Zafuan.

Menerusi temu bual bersama Melodi, Rita berkata dia tidak memaksa kedua-dua anaknya untuk bertemu dengan bapa mereka apatah lagi selepas sekian lama tidak bertemu.

BACA: Simpati Dengan Aidil Zafuan, Rita Rudaini Bidas Netizen

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MELODI TV3 OFFICIAL (@meloditv3)

“Jasa bapa dia cuma bagi benih saja. Tiada masa saya nak hasut. Anak saya dah besar dan saya tanya Rayyan kalau tiba-tiba dia nak jumpa, Rayyan kata tak nak jumpa.

“Saya tak boleh nak paksa. Korang jangan menilai orang dari segi luaran. Buka mata, buka hati kena scan betul-betul,”katanya.

Sementara itu, Rita turut berkata netizen sepatutnya kasihan akan dirinya kerana dia yang bersusah payah membesarkan anak-anaknya sendirian daripada kecil.

“Tak payah nak konon-konon faham perasan anak. Yang korang nak sedih dan kesian tu… aku yang berpeluh-peluh ketiak bela anak daripada kecil. Korang tak kesian?

“Yang di sana sebut sikit nama, bermodalkan air liur terus kesian. Saya tak faham. Buta hati, buta perut, segala-galanya buta,” katanya.

Dalam pada itu, Rita berkata dia tidak akan lupa apabila anak pertama, Airit Rayyan dituduh bukan anak kandung Aidil serta tidak akan memaafkan individu yang terlibat.

“Satu benda saya ingat apabila anak pertama saya dikatakan bukan anak dia. Okey, baik anak orang lain. Jadi, jangan tengok muka anak aku. Aku takkan bagi dia dekat.

“Saya tak akan maafkan sampai bila-bila. Saya tak boleh paksa diri kata tidak sebab benda itu kena ikhlas, semua yang terlibat saya tak akan maafkan sampai bila-bila,” katanya.

Terdahulu, Rita pernah berkahwin dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan pada 2008 namun bercerai pada September 2013. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.