fbpx

Susulan pelantikan Datin Anne Ngasri sebagai Timbalan Pengerusi GiatMARA, ada yang mempertikaikan kredibilitinya memegang jawatan berkenaan.

Memetik BH Online, abang Anne yang juga pelakon dan pelawak Bell Ngasri berkata apa yang dilalui oleh adiknya itu adalah jalan untuk menjadi insan lebih baik dan hebat di masa akan datang.

BACA: “Apa Kelayakan Dia Ada Untuk Pegang Jawatan Ni Ya?”

“Saya berharap Anne anggap ini adalah cabaran untuk menjadi orang lebih baik dan mampu untuk terus berjaya pada masa akan datang. Kalau orang hanya suka dan tidak mengkritik tak guna juga. Hidup kita pula akan membosankan.

“Dengan ujian seperti ini mungkin Anne akan ada keinginan untuk membuktikan dirinya layak bergelar Timbalan Pengerusi GiatMARA,” katanya.

Dalam pada itu, Bell berkata dia tidak pernah memarahi netizen serta berharap adiknya melakukan perkara sama kerana ianya dapat dijadikan cabaran buat Anne.

“Saya berterima kasih kepada netizen kerana mungkin apa yang mereka cakap boleh berikan cabaran kepada Anne untuk menjadi lebih baik.

“Jawatan sekarang Timbalan Pengerusi GiatMARA sahaja, mungkin suatu masa boleh jadi Timbalan Menteri atau Menteri,” katanya.