fbpx

Jumaat lalu berlangsungnya acara pembukaan Sukan Olimpik Tokyo, Jepun. Sudah pasti ramai tidak sabar untuk melihat busana apakah yang dipakai oleh atlet Malaysia pada acara tersebut.

Selain Chef Wan, nampaknya pelakon Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta turut mengkritik busana yang dipakai atlet negara yang disamakan seperti sarung bantal.

BACA: Chef Wan Kritik Busana Atlet Malaysia Macam Badut

“Pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak mempunyai peruntukan atau bajet ke bagi menggunakan khidmat pereka fesyen tempatan untuk mereka pakaian kontinjen negara di acara sukan tersebut?

“Sekali lihat, corak pada bahagian kain seperti ulat. Dua kali tengok, macam sarung bantal pula walaupun katanya persis kerusi stadium,” komennya dalam InstaStory.

Terdahulu, cef selebriti Datuk Chef Wan mengkritik busana atlet negara langsung tidak menarik dan dilihat murah.

Malah, Chef Wan turut berkata atlet yang menyarung busana berkonsapkan pakaian tradisional Melayu dimana bertanjak untuk lelaki dan baju kurung bagi atlet wanita dilabel seperti badut.