fbpx

Baru-baru ini hangat diperkatakan di media sosial apabila aplikasi mendedahkan 10 universiti tempatan mempunyai ramai sugar baby dan perkara itu sekaligus mengejutkan ramai pihak.

Namun tidak dinafikan, desakan hidup, diabaikan keluarga dan berlumba dengan rakan sebaya yang mengamalkan gaya hidup mewah menjadi punca golongan pelajar sanggup menggadai maruah.

BACA: Wany Kayrie Dedah Ada Kawan-Kawan Jadi Sugar Baby

Berkongsikan pengalaman ketika di zaman sekolah, penyanyi Bunga Is Me mendedahkan ada kalangan rakannya terlibat dalam kegiatan sugar baby seawal usia 17 tahun kerana kesempitan hidup.

“Saya pernah rapat dengan seorang kawan perempuan. Dia pernah beritahu saya, ketika ingin menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dia berkenalan dengan seorang ‘sugar daddy’ yang menjanjikan bermacam perkara kepadanya.

“Dia pernah beritahu saya, sekali seluk atau pegang bahagian alat sulit, dia boleh dapat wang mudah bermula RM500. Bayangkan kalau dia buat perkara-perkara lain yang lebih ‘daring’.

“Dia juga pernah beritahu saya, dia buat semua itu disebabkan kesempitan hidup nak bayar yuran persekolahan dan tuisyen,” katanya kepada dihubungi Kosmo.

Dalam pada itu, penyannyi Farisha Irish juga mendedahkan ada di kalangan rakannya turut bergelar sugar baby ketika belajar di universiti.

Meskipun rakannya itu tidak mempamerkan kemewahan namun ramai dapat meneka kerana mampu tinggal di rumah sewa berbanding pelajar lain yang tinggal di asrama.

“Ada dalam kalangan rakan yang jadi ‘sugar baby’ sebab memerlukan duit. Dia tidaklah terlalu pamerkan kemewahan tetapi orang tahu dia melakukan kegiatan terkutuk sebegitu sebab mampu tinggal di rumah sewa berbanding pelajar lain yang menetap di kolej.

“Tetapi sejujurnya perkara ini tidak sepatutnya dilakukan. Sebagai seorang pelajar yang menuntut ilmu, carilah cara lain yang lebih baik untuk menjana pendapatan,” katanya.