fbpx

Sejauh Mana Kita Mampu ‘Wayang’ Jadi Bahagia?

Apakah yang anda impikan di dalam sebuah perkahwinan? Pastinya kebahagiaan adalah perkara pertama yang menjadi pertaruhan dalam sesebuah hubungan kerana segalanya mudah untuk runtuh jika tidak ada asas yang kukuh.

Selain itu, ada juga pasangan yang sanggup bermain ‘wayang’- atau berlakon bahagia di depan mata keramaian namun memendam rasa sebaliknya. Namun selama manakah wayang ini mampu bertahan?

Apa yang anda saksikan dalam video pendek ini nanti adalah realiti kehidupan pasangan yang mendirikan rumahtangga yang bahagia pada awalnya namun memilih jalan berpisah juga. Mungkin anda sendiri pernah atau sedang melalui perkara sebegini.

Semuanya dirasakan bahagia pada awalnya

Tapi itulah, setiap permulaan ada pengakhiran

Orang kata, keadaan rumahtangga Nora dan Kamil umpama telur di hujung tanduk, memang tidak dapat diselamatkan lagi. Jom tonton sama sama pengakhiran kisah mereka macam mana. Lagu di hujung video macam menghiris perasaan sikit, jadi kalau boleh sediakan tisu ya.