Sejarah Tercipta, PM Terima Suntikan Pertama Vaksin COVID-19!
Selepas kita terpaksa menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran tentang COVID-19 yang hampir berusia setahun ini, akhirnya kemunculan vaksin COVID-19 umpama memberi sinar baharu buat rakyat!
Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin menjadi orang pertama menerima suntikan vaksin COVID-19, Pfizer-BioNTech, yang disiarkan secara langsung melalui media sosial.
Berdebar juga semasa kami menonton siaran langsung tersebut, bangga pun ada, terharu pun ada gais. Anda bayangkanlah virus yang membunuh jutaan orang ini akhirnya dapat juga kita tanganinya dengan memberi pelindungan kepada diri sendiri dan juga orang sekeliling kita.
Anda pun boleh tengok kan bagaimana gambaran sebenar dan menyeluruh Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang bermula secara rasmi semalam di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Putrajaya di Presint 11, Putrajaya.
Dan untuk info anda, vaksin #COVID19 keluaran Pfizer ini juga disuntik kepada Perdana Menteri, Ketua Pengarah Kesihatan dan juga 4 petugas kesihatan. Vaksin ini dibawa dalam cool box dari Pusat Penyimpanan Vaksin.
Rakam Detik Bersejarah
Semasa program ini berlaku, detik-detik bersejarah ini berjaya dirakam ketika Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima suntikan vaksin #COVID19 daripada vaksinator yang juga Ketua Jururawat Kesihatan di PKD Putrajaya, Lina Ibrahim.
Selain itu, Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pun turut menerima suntikan vaksin COVID-19 daripada vaksinator yang juga Jururawat Kesihatan Klinik Kesihatan Presint 9, Mazirah Mokhtar.
Apa yang paling membanggakan apabila empat petugas barisan hadapan KKM menjadi antara penerima awal vaksin COVID-19 bersama-sama dengan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin dan ketua Pengarah Kesihatan, YBhg Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Mereka ialah:
1. Clement A/L Marai Francis, seorang pemandu di Pejabat kesihatan Putrajaya
2. Khairul Asraf Mohd Yasin, Penolong Pegawai Perubatan di PKD Putrajaya
3. Dr Tan Yee Ling, Pegawai Perubatan di Klinik Kesihatan Presint 9
4. Sheilla Mellisa Sikin, Jururawat di Klinik Kesihatan Presint 9.
Hebat kan mereka ini? Anda pun boleh jadi orang hebat macam mereka ni juga.
Vaksin Bantu Anda
Vaksin ni sebenarnya dapat membantu tubuh kita menghasilkan protein kecil, yang disebut protein lonjakan. Dengan ini ia membolehkan sistem kekebalan tubuh kita menyiapkan tindak balas untuk menghentikan virus sebenar dari memasuki sel, sehingga kita dilindungi dari COVID-19. Haa..sebab itu pentingnya vaksin ini tau.
Cuba anda bayangkan, jika kadar pengambilan vaksin rendah, sekumpulan jangkitan COVID-19 akan terbentuk. Kalau ada wabak yang cukup besar dan mula tersebar di kalangan masyarakat, kita mungkin akan mengalami keadaan yang lebih teruk. Hurmm, entah sampai bila nak berakhir kalau macam ni kan? Fikir-fikirkanlah ye.
Anda juga boleh mendapatkan suntikan vaksin ini tau. Check out caranya di bawah ni.
Boleh Daftar Melalui MySejahtera
Jadi pada anda yang nak mendaftar sebagai penerima vaksin ini, anda boleh kemaskini maklumat di aplikasi MySejahtera dan daftar di situ okay! Selepas ini anda boleh klik butang atau fungsi ‘COVID-19 Vaccination’ untuk mendaftarkan diri.
Pendaftaran untuk kategori penerima lain (contohnya mendaftar untuk orang tanggungan) akan dibuka secara berperingkat bagi mengelakkan kesesakan. So jangan rushing-rushing. Slowly but surely!
Sementara itu, kaedah pendaftaran penerimaan vaksin melalui laman sesawang vaksincovid.gov.my dan talian hotline akan bermula 5 Mac ini.
Kredit foto: Kementerian Kesihatan Malaysia
Pm otak lembu mmg lar ahaksss terbaik pokmu
Tidak nk elok dah ni lapaq sgt kemaruk nk kuasa.. susah payah rakyat yg rasa
Ade je benda yg x puas hati..KORANG NAK APE LAGI UTK PUASKAN HATI HITAM KORANG??????MEMBAWANG JE YG KO TAU..
Buat PKP tak puas hati, ketatkan SOP tak puas hati, larang rentas negeri dan daerah tak puas hati,
longgarkan SOP pun tak puas hati..psl vaksin pun kata tu agenda yahudi, vaksin lambat maki kerajaan lembab..kerjaaan dah usahakan pengedaran vaksin ckp gila kuasa..elok golongan2 melayu yg mcm ni elok g MAMPOS JE CEPAT..HIDUP TAU NAK COMPLAIN JE..SUMBANGAN XDE COMPLAIN & MEMBAWANG JE YG KORANG TAU..ELOK MAMPOS JE LAGI BAGUS
Betul jugak tu M..bila vaksin tak sampai2, kata kerajaan tak buat kerja lah, negara lain dah sampai, Malaysia tak sampai2…tapi bila dah sampai vaksin…tak puas hati jugak..bila kerajaan tutup sekolah..marah..ckp cikgu mkn gaji buta bagai..bila bukak sekolah tak setuju plak risau psl anak2 plak katanya..ketatkan SOP marah,longgar SOP marah jugak..
Tapi aku krg setuju kau mentioned Melayu tu..ko ni tak pernah baca komen lain selain RotiKaya ke? Kat YouTube ke…banyak je bangsa lain komen mcm tu jugak…semua bkn psl bangsa je …psl politik pun ye jugak punca timbulnya komen2 MCM tu