UPDATE: Sein & Nana berjaya menjadi juara Sehati Berdansa 3 & memenangi Audi A4 dan percutian ke Rome. Tahniah!


UPDATE II: Kedudukan SMS final Sehati Berdansa – Sein & Nana: 84%, Sazzy & Nazril 16%.

Rupa-rupanya ini yang Sazzy Falak marahkan dalam Facebook beliau beberapa minggu sudah.

Cerita ini keluar dari mulut seorang peminat yang agak rapat dengan para peserta Sehati Berdansa musim ini.

Menurut sumber ini, Nana yang juga anak kepada bekas Menteri Besar beriya mahukan Audi yang di’tawar kepada pemenang musim ini.



Makanya, pelaburan untuk mengundi diri sendiri sudah di’anggap sebagai bayaran pendahuluan untuk memiliki kereta mewah tersebut.

Sumber dalaman juga memberitahu yang peratusan undi Sein & Nana ketika ini memang jauh meninggalkan Sazzy & Nazril yang sememangnya jauh lebih berbakat.

Kami tulis bukan untuk anda undi Sazzy & Nazril (kami bukan peminat), tetapi jika perkara ini benar, undi anda membantu yang benar-benar berbakat untuk menang.

Editor’s Note: The winner gets an Audi eh? Bukankah ini sebuah pertandingan berunsurkan kebajikan?