Sein & Nana juara Sehati Berdansa musim ke-3.

Keputusan yang sebenarnya tidak’lah begitu mengejutkan buat kami.


Tetapi, kepada pengikut Sehati Berdansa musim ini, mereka melihat Sazzy & Nazril sebagai pasangan favourite.

Sein & Nana berjaya memenangi kereta idaman mereka Audi A4 bernilai lebih RM200,000 & pakej bulan madu ke Rome.

Sazzy & Nazril pula berjaya bawa pulang pakej percutian ke Australia sebagai naib juara. RM15,000 untuk badan kebajikan yang di’wakili.

Sein & Nana berjaya menyumbang RM20,000 juga kepada rumah kebajikan yang di’wakili pasangan juara ini.

Sumber ada mengesahkan yang peratusan terakhir SMS untuk final Sehati Berdansa kali ini agak mengejutkan.

Sein & Nana berjaya mendapat 84% undi manakala Sazzy & Nazril hanya berjaya meraih 16% dari jumlah keseluruhan undi SMS.