Sehati Sejiwa, Abby Abadi & Memey Suhaiza Pilih Warna Kereta Sama
Meskipun sudah berpisah namun pelakon Abby Abadi masih mengekalkan hubungan baik dengan bekas suaminya pelakon Norman Hakim demi anak-anak mereka.
Malah, Abby turut menjalin hubungan persahabatan sangat akrab dengan Memey Suhaiza serta sering dijadikan contoh sebagai sebuah keluarga besar yang bahagia.
BACA: Netizen Tak Senang Abby Abadi Bergurau Nak ‘Bersalam’ Dengan Norman Hakim
Baru-baru ini, Abby dilihat ada memuat naik satu perkongsian di Instagram gambarnya bersama Memey di hadapan kereta mereka yang kini berwajah baru.
Namun apa yang menjadi perhatian adalah pemilihan warna kereta mereka yang sama antara satu sama lain. Abby turut mengatakan, citarasa mereka berdua sememangnya sama sejak dari dulu lagi.
Memey turut memuat naik gambar sama mengatakan kereta mereka berdua juga seperti kembar cuma nombor plat sahaja yang berbeza.
Perkongsian mereka mendapat pelbagai reaksi dikalangan netizen yang memuji kecantikan warna kereta berkenaan serta gembira dengan hubungan baik terjalin antara Abby dan Memey.
Nak mintak kena puji atau nak mintak kena kecam ni??
Zaman PKP ramai orang susah. Orang industry hiburan pun sampai nak jumpa Agong nak mintak di berikan kebenaran untuk berkerja.
Ex kumpulan Elite ni pulak FLEX harta benda dia.
Korang ghase….???
Netizen hencap berjemaaah mahu serebeh menangis macam Janna Binggit.
Ko tunggu…
Opppkoosss la.. sama? !!! Kn korang penah Rase Benda yg SAMA!! K.. baiii
Netizen kena faham, bukan semua orang senasib.
Tak pkp pun ada perbezaan kehidupan. Mana yang tak leh terima hakikat, kecam tak de guna. Ukur baju dibadan sendiri
kete sama, kaler sama, penah rase kotey pun sama..pe nk herannn..
Klu Abby masih single, mau rujuk balik dgn Norman ni …. demi anak2
ini mesti cadangan yg tua, yg muda oohh..ohh.kan je.
kalau aku x ndk…
“citarasa mereka berdua sememangnya sama sejak dari dulu lagi”
setuju sgt sampaikan selera pilih laki pun sama
Kadang aku tgk abby ni yg lelebih..stiap hri nak post bhagia sgt knon dgn memey sfamily…mcm ade x kena kat situ..mengade2 pun lebih klu dtg ex laki lg kat rumah tu….mayb masih brhrp kot..klu xde suami skrg jgn hrp memey tu nk rapat jg..hahah
Husnuzon…husnuzon..
Bak kata AJ, tengok dari sudut Positiffff