fbpx

“Tinggi-tinggi gunung kinabalu, tinggi lagi sayang sama kamu, biru-biru gunung kinabalu, bila nampak awak hati sangat rindu”. Amboi! Menyanyi nampak hihi. 

Kalau bercerita mengenai Sabah, mesti dalam otak teringat akan keindahan Gunung Kinabalu, kundasang dan Semporna. 


Namun, disebalik tempat yang famous ini ada satu ‘hidden gem’ di Sandakan, Sabah yang pasti menjadi ‘bucket list’ bagi anda yang minat sejarah, nature dan juga adventures.

Jejak Warisan Sandakan

Kalau anda nak tahu, Sandakan ini hampir musnah sepenuhnya semasa perang dunia kedua. Bangunan yang terselamat ketika peperangan itu, adalah Masjid tertua di Sabah, Masjid Jamik, Sam Sing Kung Chinese Temple dan St.Micheal Church. 

Jejak Warisan Sandakan adalah jejak yang menghubungkan beberapa tapak bersejarah di Sandakan, dengan hampir 10 tempat warisan yang anda boleh kunjungi termasuk Agnes Keith House, Tangga Seribu, Muzium Sandakan dan banyak lagi. Bagi pengemar sejarah, it is a must place to visit! 

Once dah penat berjalan, anda boleh datang ke English Tea House untuk mengisi perut yang lapar dengan pemandangan laut yang luas terbentang. 

Rainforest Discovery Centre (RDC) 


RDC ini merupakan pusat pemulihan hutan dan pusat penyelidikan hutan simpan yang berkeluasan 4,400 hektar. 

Apa yang best disini, anda boleh melalui Rainforest Skywalk atau titian kanpoi sepanjang 620 meter dengan ketinggian 27 meter dari bawah dan menjadikan ia satu mercu tanda sandakan yang paling ikonik. So calm to be here, I tell you. 

Orang Utan dan Sun Bear Centre, Sepilok

 

Terletak 24km dari Bandar Sandakan, Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok ini ditadbir sepenuhnya oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah, dibawah Kementerian Pelancongan Malaysia dengan keluasan 4294 hektar. 

Di sini, anda diberikan dua pilihan sama ada ingin melihat  mereka dari dalam bangunan berkaca ataupun secara terbuka tapi make sure datang feeding food time iaitu pada pukul 10 pagi, 11 pagi dan 3 petang. 

 

Dah syok tengok Orang Utan, anda boleh bergerak ke Pusat Pemuliharaan Beruang Matahari. 2 minit je kalau jalan kaki. 

Ia pusat pemuliharaan dan penyelidikan hidupan liar untuk meningkatkan kebajikan haiwan dan pemulihan beruang matahari Tanah Melayu (Helarctos malayanus).

Merentasi Sungai Kinabatangan 

 

Bila cerita pasal Sungai Kinabatangan, dalam otak anda pasti akan teringat kes-kes Buaya membaham Manusia kan?

Tapi tanya kita sedar sebenarnya Sungai Kinabatangan ini banyak keisitimewaanya. Antaranya anda boleh melihat wildlife seperti Buaya, Monyet Proboscis dan Pick Me Elephant depan mata. Eh, tapi jangan risau anda tidak akan diserang sebab abang boat mantap dalam handle situations bila berdepan mereka. Jadi santui aja bah! Hihi

 

Bilit Adventure Lodge

Selain itu, tempat penginapan yang extremely amazing akan memberikan satu impact kepada kehidupan anda. It will take your breath away, gitu. 

Disini juga anda boleh lakukan beberapa aktiviti seperti night walk, boleh pergi river cruise sunrise and sunset. Paling best dekat sini, dapat makan udang galah sungai yang fresh. 

Tapak penanaman pokok semula

 

Pelaksanaan penanaman semula ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran semua pihak mengenai pentingnya kawasan litupan hijau dan hutan untuk kesejahteraan dan kualiti hidup selain usaha untuk menambahbaik ekosistem dan biodiversiti negara kita.

Jadi bagi anda yang sayangkan hutan, ini adalah aktiviti wajib anda lakukan. 

Tugong Rainforest Eco Camp 

 

The Tungog Rainforest Eco Camp ini simple dan sesuai untuk anda yang cintakan alam semula jadi. Anda akan nikmati pemandangan dan kecantikan sebenar hutan hujan Borneo. 

Di sini, anda boleh lakukan beberapa aktiviti sepeti jungle tracking, hiking, camping dan memancing. 

 

Selain itu, anda boleh belajar memasak dengan local people dekat sini. Sedap sangat, dapat rasa masakan kampung. 

Persemabahan Traditional di Misou Walai 

Setelah penat melakukan aktiviti, anda akan disajikan pula dengan culture performance. 

Anda akan dikenalkan dengan beberapa tarian seperti Menompus, Mengalai abai, dan silat. Jangan malu untuk mencuba bila anda disuruh dengan sumandak Sabah untuk menari bersama mereka ya.

Misou Walai ini juga adalah tempat peranginan yang baru sahaja memenangi anugerah kampung pelancong terbaik di UNWTO, Spain 2021. Memang terbaiklah! 

“SeeEatFood” trail fun map 

 

Tak lengkap percutian di Sabah tanpa merasa kelazatan makanan laut mereka yang sangat fresh, lazat dan sangat murah. Dekat semenanjung nangis nak makan seafood hari-hari sebab mahal tau. Jadi ini adalah masanya untuk hentam seafood hari-hari hihi. 

Tourism Sabah juga telah melancarkan satu risalah peta makanan laut di Sabah dan Labuan, pada 3 Ogos lalu. 

Terdapat lebih 76 restoran makanan laut yang wajib anda kunjungi di Sabah, dan kesemua restoran ini recommended by local people dekat sana. 

Jangan lupa untuk singgah ke Empire Seafood Restaurant, dan Sim Sim Seafood Restaurant. 

Fuh, rasanya tak habis kalau nak cerita pasal keunikan Sandakan, Sabah ni. 

Bukan hanya ada tempat yang menarik, makanan laut yang fresh plus sedap tapi juga orang-orangnya yang sangat lemah lembut dalam berbicara. 

Mereka ini sangat mengalu-alukan kedatangan pelancong lagi-lagi kita orang Malaysia. 

Jadi apa tunggu lagi, book flight anda sekarang dengan Malaysia Airline atau Mas Wing untuk merasai penerbangan yang luar biasa.