fbpx

Netizen Pesan Dekat Amelia Jaga Sharnaaz Baik-Baik

Baru-baru ini, kehadiran Sharnaaz Ahmad bersama pelakon, Amelia Christie ketika menghadiri majlis tayangan filem Polis Evo 3 menjadi perhatian ramai.

Malah, nama Amelia terus menjadi bualan dan semakin popular selepas dilihat memaut tangan aktor tersebut ketika majlis berkenaan.

BACA: “Kalau Kongkong Ke Arah Kebaikan, Apa Salahnya?” – Sharnaaz

Seperti sudah dijangka, ramai yang ‘merestui’ hubungan Sharnaaz dan Amelia serta mengatakan kedua-dua mereka sememangnya sepadan.

Dalam pada itu, ada yang meminta supaya Amelia menjaga Sharnaaz baik-baik kerana tidak mahu melihat lagi aktor itu kecewa.

“Tolong jaga mamu untuk kami. Penatlah tengok dia menduda dan kecewa lagi,” pesan netizen.

“Nampak sepadan, harap hubungan kali ini berkekalan,” doa seorang lagi pengguna TikTok.

Terdahulu, Sharnaaz berkata dia dan Amelia masih dalam fasa berkawan.