“Sedihnya Tengok Orang Melayu Acah Nak Jadi Orang Putih, Sambut Krismas…” – Che Ta
Setiap tahun apabila tibanya Hari Natal atau Krismas, pasti akan menjadi bualan ramai mengenai isu warga Muslim yang akan meraikan sambutan perayaan tersebut.
Perkara itu turut mendapat perhatian pelakon Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta yang meluahkan rasa sedih melihat orang Melayu yang “acah” mahu menjadi orang putih menyambut Hari Krismas.
BACA: Anak Pakai Baju Nampak Perut, Che Ta Dikritik Netizen
Che Ta turut terkilan melihat ada individu yang bermain-main dengan anjing walaupun beragama Islam serta mendoakan agar diberikan hidayah kepada mereka.
“Sedihnya bila tengok orang Melayu ni acah-acah nak jadi orang putih, nak sambut Krismas, main-main dengan anjing, walaupun beragama Islam! Allahuakbar.. Moga ada hidayah lah untuk mereka..,” tulisnya.
Sebelum ini, hangat diperkatakan apabila penyanyi Nourul Depp disalah anggap oleh netizen yang mempersoalkannya meraikan sambutan Krismas seperti yang dikongsikan di media sosialnya.
Bagaimanapun, Nourul menjelaskan dia dan keluarga sekadar meraikan kegembiraan dengan memberi hadiah memandangkan kedua mentuanya juga tidak lagi terlalu mengamalkan ajaran Kristian.
- SUMBER
- Murai.my
lepas tu amik gambar ngan pokok cristmas watpe? hehehe….
Krismas bukan raya omputih laa makcik ia budaya agama kristian seluruh dunia sambut, x pasti pulak kristian Orthodox sambut ke tidak. Isu raikan raya agama lain selain agama kita ni Mufti2 negeri masing2 dah bg panduan pun. Jadi sebenarnya xde isu psl merayakan hari perayaan ini. Ada benda kita boleh sama2 rai dan kongsi dan ada benda yg kita dilarang sertai contoh mcm bab2 be yg melibatkan ritual ibadat dan benda2 yg bertentangan dgn agama kita. Jd please laa jgn jdkan ia isu sbb sebenarnya dlm Quran dah bgtau Allah cipta kita ini dari mcm2 kaum dan budaya supaya kita mampu kenal mengenal dan sapa yg paling baik akhlak dan taat perintah Tuhan itulah yg Allah suka!
sebenarnya org2 tu boleh je tak post kat insta, tapi dek penyakit attention seeker tu nak juga post untuk undang kecaman dan fitnah, lepas tu acah2 tak nak maafkan, nak saman.
Boleh je post kat whatsapp group keluarga kalau nak kongsi tapi tu lah, post juga kat insta public yang x private dan yg ade blue tick.
Hmmm…bersangka baik je la.
Dont feel threaten by another religion if your faith is strong. Paham ke? Tak habis habis kecam perayaan xmas. So bila pegi mall ambik gambar dekat pokok xmas tu ok ke? Bila raya bangsa lain takkan ada komen2 tak berakal macam ni. Sambut dan menghormati perayaan masing2 is 2 totally different things. Hello che ta. U should focus on your daughter. Suruh dia bukak buku belajar dari mekap 24 jam. Nurul tu suami dia punya parents bukan melayu so takde sebab as a daughter in law she respects her in laws celebration and vice versa. Cetek sunnguh pemikiran netizen ni.
ada terdengar ustaz jelaskan pasal krismas ni .. tak salah utk kita wish , dtg jamuan sempena krismas klu sekadar utk saling menghormati , jaga silaturahim terutamanya dengan ahli keluarga yg bukan islam. Yg penting bukan niat kita mengagungkan. klu pakai baju krismas, bergmbr dgn pokok krismas pun x lah berdosa tapi hanya makruh. bt , x berdosa , x bt lbh baik. islam tu sgt2 indah … tlglah jgn terlalu jumud smpai org bkn islam tak nmpk keindahan islam. agama kita sgt toleransi …
Sometimes i felt curious.. org luar ikut sambut aidilfitri, aidilahda n etc smbutan yg org muslim sambut, tiada pun apa2 kecaman.. tpi bila org melayu yg hormat dgn kaum lain dengan cara sambut sama2, banyak sangat kecaman diterima.. cemburu ke apa? Hello this is malaysia.. negara luar tahu terdiri daripada pelbagai agama, bangsa dan budaya. Respect dengan pemimpin negara seberang. Sudi masuk ke dalam gereja untuk sampaikan salam natal kepada semua umat yang merayakannya.
HABIS kalau bercuti ambil gambar depan kuil cina maknanya aqidah dah tukarlah ya? Apa punya X cerdik! Jumud betul pemikiran DIA nih!
“Dont feel threaten by another religion if your faith is strong” is a BS excuse by ignorant!
If you wish Merry Christmas, meaning you acknowledged that jesus is a god/son of a god. Respect their religion but we dont have to compromise ours.
Annoying netizen? So if u wish selamat hari raya one acknowledges what? So if you are invited to a xmas open house and u greet the person and say whats up not merry xmas? Such a dumb uneducated statement? All festivals should be celebrated with no issues to the religion. Non muslims have no issues with the way hari raya haji is celebrated when we understand the sacrifice behind it. If a wish makes u think that u you need to acknowledge the religion behind it then no one should celebrate a festival. Its a joyous occasion that is always tarnished by small minded tiny brain individuals like u.
Also annoying netizen. One religion is never more superior then another. Its the way the world works. But you can remain sitted under your shell of a shallow mind.
Haha. Kelako betul isu ni. Tak habis habis. Baik concentrate kat isu penulis buku pasal r****. Yang tu bukan penulis melayu ke. Haha!
Sedih jg yg acah2 kayak glamor..perasan lawa berpakaian vogue bagai mengalahkan org yg sebnarnya lagi kaya dan berharta..kesian jg yg mmbiarkan anaknya bpakaian nmpk perut bagai.
Being mixed blood myself ..we do visit our aunties.. cousins during Xmas and even Hari Gawai Dayak… doesn’t mean kita menyambutnya .just meraikan sanak saudara…tetap jg kami dgn syahadah Islam…we respect each other..and mereka jg meraikan dan bertandang ke rmh kami masa Hari Raya Aidilfitri.
bab pegang anjing..xda pun kata sentuh anjing tu terus batal aqidah….boleh samak…wpun kami sdiri mmg x pegang anjing tp x pula sampai nak condemn org Islam lain yg brmain dgn anjing….bykkan muhasabah diri..drpd rasa diri dh lbh baik drpd org lain…itu lbh bahaya….ujub..riak segala.
Ramainya org tk belajar agama. Pi la bljr. Tk payah comment byk2. Org yg tau, kebanyakkannya diam atau akan kasi dalil2 dan berhujah dgn ilmu. Insya Allah semoga diberikan kefahaman taufiq dan hidayah pada rakyat islam sedunia.
benda yang tak perlu & x boleh diraikan pun. sekian