fbpx

Anak Pakai Baju Nampak Perut, Che Ta Dikritik Netizen

Sebut saja nama pelakon cantik Rozita Che Wan, pasti ramai tahu fesyen dan gaya penampilannya sering diperkatakan.

Malah, anak perempuanya Aaisyah Dhia Rana juga turut menjadi perhatian kerana dikatakan persis ibunya yang suka bergaya dan mengenakan mekap meskipun baru berusia 8 tahun.

BACA: Netizen Kritik Che Ta Biar Anak Pakai Seksi

Baru-baru ini, Che Ta sekeluarga meluangkan masa bercuti di Bali, Indonesia dan tidak lokek berkongsikan momen percutian mereka di Instagram.

Nampaknya, Che Ta sekali lagi dikritik apabila memuat naik gambar bersama Aaisyah di Instagram ketika mereka ke Nusa Penida, Bali, Indonesia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)

Menerusi gambar tersebut, anak perempuan pelakon itu dilihat memakai skirt merah jambu bersama baju crop top berwarna putih menampakkan sebahagian perut dan pusat.

Seperti sudah dijangka, perkongsian Che Ta itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang mendakwa pelakon itu membiarkan berpakaian tidak manis dan tidak sesuai untuk anaknya.

Netizen turut menegur bahawa dalam Islam tidak boleh memaksa anak kecil untuk memakai tudung namun perlu diajar supaya berpakaian sopan.

Tidak kurang juga, ada yang mengatakan baju yang dipakai oleh Aaisyah terlalu pendek serta meminta Che Ta supaya menjaga pakaian anak perempuannya itu.