fbpx

Umum mengetahui, pelakon Puteri Sarah berkongsikan hari ini dia bersama dua anaknya, Syaikhul dan Sumayyah berangkat untuk menunaikan ibadah umrah ke Tanah Suci Mekah.

Ramai tertanya-tanya apabila tidak kelihatan kelibat suaminya, Syamsul Yusof dan hanya ibu bapa serta adik-beradik Puteri Sarah yang dilihat hadir mengiringi keberangkatan mereka.

BACA: Keluarga Iringi Puteri Sarah Berangkat Tunai Umrah, Tiada Kelibat Suami

Sementara itu, menerusi TikTok ada satu video dimuat naik oleh seorang pengguna memaparkan suasana di lapangan terbang kelihatan Sumayyah dan Syaikhul sedang menunggu untuk berlepas.

@_ikmal99

Semoga Mendapat Umrah Yg Mabrur Sis?? @Puteri Sarah liyana Moga Allah PerMudahKan Segala UrusanMuu Aamiin? #fyp #fyp? #tiktok #malaysia #puterisarahliyana #umrah2023

? original sound – Call Me Ikmal Haiqal?? – Call Me Ikmal Haiqal??

Bagaimanapun, air muka anak bongsu Puteri Sarah dan Syamsul Yusof menjadi perhatian ramai kelihatan sayu seolah sedang memikirkan sesuatu atau mungkin seperti mencari ‘sesuatu’.

Rata-rata netizen mengatakan Sumayyah mungkin sedang mencari kelibat bapanya sebelum dia bersama abang dan ibunya berangkat ke Tanah Suci.