fbpx

Keluarga Iringi Puteri Sarah Berangkat Tunai Umrah, Tiada Kelibat Suami

Pelakon Puteri Sarah Liyana hari ini berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi menunaikan ibadah umrah buat kali kedua bersama dua orang anaknya iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.

Menerusi satu perkongsian di Instagram sebentar tadi, Puteri Sarah dilihat ada memuat naik foto bersama anaknya di lapangan terbang KLIA.

BACA: “Mama Betul Ke Ayah Kahwin Lain?” – Puteri Sarah Terkedu Nak Jawab Soalan Anak

Dalam perkongsian itu, Puteri Sarah yang dilihat tampil serba putih memohon orang ramai mendoakan dirinya dan anak-anak ketika berada di Tanah Suci.

Sementara itu, dalam perkongsian di Insta Story hanya ibu bapa serta adik beradiknya yang dilihat mengiringi Puteri Sarah berangkat ke Tanah Suci dan tiada kelibat suaminya, Syamsul Yusof.

Minggu lalu, Puteri Sarah memfailkan perceraian terhadap suaminya, Syamsul Yusof selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga.

Puteri Sarah memaklumkan 7 Mac depan merupakan hari sebutan kes tersebut. Puteri Sarah berkata tarikh tersebut jatuh sehari sebelum ulang tahun perkahwinan mereka yang kesembilan.